Ahli ECB: Bitcoin Tidak Stabil Dan Sangat Terdedah Kepada Spekulasi
Ahli Majlis Pentadbir ECB, Ewald Nowotny memberi amaran tentang penerimaan bitcoin sebagai kaedah rasmi pembayaran, kerana matawang digital itu tidak stabil dan sangat terdedah kepada spekulasi.
Banyak kerajaan di seluruh dunia sedang mempertimbangkan tentang bagaimana untuk meregulasikan bitcoin yang mana nilainya telah melonjak ke paras $3,000 pada Jun dan ketika ini didagang di sekitar $2,345 setakat pukul 5.26 pm pada Rabu.
Pada April, kerajaan Jepun mengiktiraf bitcoin sebagai sah diperlakukan dalam usaha untuk menggunakan teknologi kewangan bagi meransgang ekonomi.
“Bitcoin kurang satu perkara sebagai matawang yang baik, iaitu kestabilan,” kata Nowotny kepada Keline Zeitung dalam temubual yang diterbitkan pada Rabu. Tambahnya, “Bitcoin adalah satu objek spekulasi.”
Seperti juga matawang maya yang lain, bitcoin tidak dipantau oleh pihak berkuasa seperti bank pusat. Sebaliknya, dagangan bitcoin direkodkan dalam banyak komputer di seluruh dunia yang dikenali sebagai blockchain.
Pelabur sebelum ini mula untuk memegang bitcoin berikutan prestasi kenaikan harga yang begitu memberangsangkan sehingga meningkat ke paras $3,000 dari serendah $230 hampir dua tahun lalu.
Walaubagaimanapun, matawang maya ini telah merekod kejatuhan sehingga 20 peratus sejak mencapai paras tertinggi bulan lalu.
The post Ahli ECB: Bitcoin Tidak Stabil Dan Sangat Terdedah Kepada Spekulasi appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vBoeVD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment