Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Mentah Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Mentah Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih tinggi pada Rabu dan mencapai paras tertinggi dua minggu lalu khususnya dalam sesi Eropah, berikutan sentimen positif pasaran dengan kemerosotan jumlah inventori di Amerika Syarikat dalam laporan data EIA pukul 10.30 pm.

Minyak Brent (Brent-oil) naik 0.65% kepada $49.51 setong setakat pukul 10.51 pm, manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 1.27% kepada $46.94 setong.

Harga komoditi hitam ditutup lebih tinggi pada Selasa berbanding Isnin walaupun pada mulanya melonjak lebih tinggi dari pars penutup hari tersebut.

Data yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) melaporkan inventori minyak mentah jatuh 4.7 juta tong pada minggu berakhir 14 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3.6 juta.

Jumlah inventori minyak US setakat ini berjumlah 490.6 juta sehingga minggu lalu. Lapora ini juga menyatakan inventori gasolin berkurang sebanyak 4.4 juta tong berbanding minggu sebelum itu yang merosot sebanyak 0.7 juta tong.

Data kali ini sudah tentu melegakan pasaran minyak mentah dengan data API semalam turut merekod kejatuhan inventori di US. Data-data positif ini akan menjadi pemangkin kepada kenaikan harga pasaran jika tiada sentimen buruk lain yang mengganggu keadaan semasa.

Harga minyak mentah dilihat tertekan beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

The post Harga Minyak Mentah Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u8gI57

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.