Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

SELEPAS Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tampil dengan single berjudul I Am Me, ahli perniagaan Nur Sajat juga bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Nur Sajat, 32, ketika dihubungi berkata, dia dirisik sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu duet bersama usahawan komestik, Datuk Alif Syukri.

Menurutnya, dia menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaannya.

“Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.

 

Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

 

 

“Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak mendapat tawaran sebegini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nur Sajat, dia menyukai lagu genre rancak berbanding balada atau lagu ‘leleh’ yang kembali popular kini.

Dalam pada itu, Sajat juga bersedia untuk mengikuti kelas vokal sekiranya lagu itu siap untuk dirakamkan.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lebih lanjut lebih lagi kerana belum ada sebarang perjanjian hitam putih. Apabila sudah ada kepastian daripada kedua-dua pihak, baru saya boleh berkongsi,” katanya.

Bagaimanapun, Nur Sajat tidak bercadang untuk bergiat serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya ia sekadar suka-suka selain strategi perniagaannya.

Sumber: Metro



Sumber Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tpM1ei

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.