Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘2 dekad berpakaian seperti mendiang kakak untuk membuatkan ibu saya gembira’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘2 dekad berpakaian seperti mendiang kakak untuk membuatkan ibu saya gembira’

GUANGXI, CHINA – Video seorang lelaki berpakaian cheongsam demi menceriakan ibunya yang sudah uzur, viral di media sosial negara itu.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu menunggang motosikal roda tiga, sementara ibunya duduk berehat di belakang. Dia kemudian melayan dan menyuap makanan pada ibunya meskipun orang sekeliling memandangnya dengan pandangan yang aneh kerana dia memakai cheongsam berbunga biru.

Menurut lelaki itu, dia telah berpakaian seperti itu sejak dua dekad (1990+) yang lalu selepas kakaknya meninggal dunia.

“Selepas kakak meninggal dunia, ibu mengalami masalah kesihatan mental. Jadi, untuk membuatkan dia kembali ceria seperti biasa, saya mula berpakaian seperti perempuan agar dia menyangka kakak saya telah kembali ke pangkuannya,” katanya.

Selepas melihat ibunya begitu gembira melihat dirinya yang disangka mendiang kakaknya, dia tahu yang dia tidak dapat kembali berpakaian seperti lelaki. Kini, dia langsung tiada pakaian lelaki.

Bagi menyara kehidupan mereka berdua, lelaki itu bermain seruling di jalanan dan meraih wang dari mereka yang sudi membantu. Lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an ini tidak pernah berkahwin dan sepanjang hidupnya dihabiskan bersama ibunya.


Dalam video tersebut, ibunya berkata, “Anak perempuan saya telah mati. Sekarang, dialah anak saya,” katanya.

Bagi lelaki itu, dia tidak kisah apa yang orang kata mengenai dirinya. Apa yang penting, ibunya sihat dan gembira.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdlI7c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.