Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Tip Alami Cegah Infeksi Kulit @ Ekzema Ikut Saranan Dr, Mak Ayah Ambil Serius Cara No. 3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Tip Alami Cegah Infeksi Kulit @ Ekzema Ikut Saranan Dr, Mak Ayah Ambil Serius Cara No. 3

5 Tip Alami Cegah Infeksi Kulit @ Ekzema Ikut Saranan Dr, Mak Ayah Ambil Serius Cara No. 3

Susah hatikan mak ayah bila tengok kulit anak kering, menggelupas, kemerah-merahan malah bersisik. Anak pula menggaru tak berhenti. Sampai darah keluar dekat kawasan kulit yang gatal. Puaslah mak ayah tegah, anak tetap juga menggaru.

Tak boleh nak salahkan anak-anak juga, sebab dia bukan faham bila dah melecet keluar darah akan lebih terdedah dengan bahaya kuman. Yang dia tahu nak hilangkan rasa gatal, dia perlu garu. Akhirnya, mak juga yang susah hati sampai mengalir air mata sebab tak tahan tengok penderitaan anak.

Pengalaman Dato' Dr Suriyakhatun Osman merawat pesakit ekzema membolehkan beliau berkongsi tip mencegah penyakit infeksi kulit atau ekzema ini. Ianya tip yang jarang mak ayah temui di mana-mana, insya-Allah jika diamalkan, ekzema dapat dicegah dari peringkat awal lagi.

Menurutnya, "Bila anak yang memang ada ekzema disahkan mendapat infeksi staphylococcus, ia tidak berlaku tanpa sebab."

Ekzema Berjangkit Dengan Cara Yang Mak Ayah Tak Sedar Pun

Sebelum itu, ketahui dahulu apa penyebab anak-anak anda diserang infeksi kulit. Punca-punca ini antara yang ditemui di kalangan pesakitnya:

1. Balik ke kampung dan rumah kampung berhabuk, bilik lama tinggal .

2. Main dengan kucing yang ada kurap atau kudis.

3. Jatuh ke tanah dan luka.

4. Ibu/ penjaga kemas bilik untuk buang habuk bilik. Mereka punggah perkakas bilik yang sudah lama tidak berusik.

5. Bawa ke tempat permainan umum/terbuka seperti dalam pasar raya.

6. Letak anak dalam kerusi bayi di pasar raya.

Ini Bahayanya

*    Tempat -tempat dan situasi begini kesemuanya memudahkan infeksi dengan staphylococcus atay streptococcus.

*    Lebih lagi anak sudah ada kulit yang melecet disebabkan eczema maka mudahlah kuman ini jangkiti kulit anak.

Cegah & Kurangkan Ekzema Dengan Cara Semulajadi

1. Mandi secepat mungkin selepas terdedah kepada situasi yang saya sebut.

2. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan natural yang bersifat antiseptik seperti tea tree oil, calendula atau echinacea . Awas minyak seperti tea tree perlu dicairkan dahulu dan beberapa titis sudah mencukupi maka boleh dicampur dengan krim lain.

3. Awas bila nak guna bahan sapu, pastikan bahan itu tidak berkuman. Ada pesakit saya yang dapat infeksi selepas pupuk daun gelenggang atau daun sirih sebab batu tumbuk yang digunakan kotor. Ibarat dia lumur kuman ke kulit anaknya dan terus anaknya dapat infeksi yang teruk.

4. Jika nak kemas bilik yang berhabuk, guna kain basah yang sudah celup Kloroks (Satu sudu besar dalam setengah baldi air) supaya kuman akan mati dan habuk tidak terbang.

5. Jika guna vacum cleaner, tutup bahagian yang keluar udara panas dengan kain basah atau guna vacuum cleaner yang ada air di mana habuk akan terperangkap dalam air .

Sumber/Foto: Fanpage Dato' Dr Suriyakhatun via Mingguan Wanita



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uggUl3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.