Siapa pegang kuasa eksekutif dalam pakatan pembangkang, soal Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengumuman senarai kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan menimbulkan tanda tanya berhubung tiga jawatan tertinggi pakatan itu.
"Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya - ketua umum, pengerusi dan presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan," katanya dalam catatan di blognya, hari ini.
Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-ketua umum), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-presiden).
Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.Salleh turut mempersoalkan mengapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan parti itu mempunyai bilangan anggota Parlimen terbanyak dalam pakatan itu.
"Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?," katanya.
Biar apapun strategi pakatan pembangkang, beliau berkata kemunculan pakatan pembangkang tidak sama dengan Barisan Nasional (BN) yang telah teruji menerusi kerjasama parti komponen pelbagai kaum dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.
Salleh berkata sebaik sahaja mengumumkan barisan baharu kepimpinannya, pakatan pembangkang telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.
Tegasnya, adalah lebih baik bagi pakatan pembangkang menamakan dahulu perdana menteri pilihan mereka berbanding membuat janji.
"Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, pengerusinya menjawab: "Kita isytiharkan perdana menteri kelapan dahulu. Perdana menteri ketujuh kita tentukan kemudian".
"Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui Negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugw61M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment