6 Sebab Lelaki Sekarang Suka Berkahwin Dengan Wanita Lebih Berusia.
Kenapa lelaki hari ini sudah mula beralih arah untuk memilih pasangan yang lebih berusia daripadanya? Adakah kerana ia sudah menjadi trend atau lelaki sekarang lebih inginkan kasih sayang atau ini dia 6 sebab lelaki lebih sukakan wanita berusia.
1. Penyanyang
Lebih berusia bermakna lebih matang. Seperti juga buah, lebih tua lebih manis. Cara layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan juga sedikit berbeza daripada wanita lebih muda. Wanita begini lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Ciri-ciri tersebut mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki yang tercari-cari layanan seperti ibunya sendiri.
2. Cool
Wanita berusia lebih tenang. Berbual dengannya terasa nyaman. Harus ingat, lelaki lebih suka jika masalahnya didengari dan dibantu daripada mendengar bebelan yang boleh menyesakkan lagi kepala. Wanita berusia dan matang kebiasaannya adalah PENDENGAR terbaik.
3. Mudah dibawa berbincang
Seseorang wanita yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa melibatkan emosi, ini bermakna dia seorang yang mudah dibawa berbincang. Kadangkala lelaki mahu dibantu dalam beberapa perkara.
4. Terpaut Bila Berdamping
Hampir kesemua lelaki tidak akan mengaku menyukai wanita berusia. Pada asalnya TAK NAK pun ‘mengurat’, tetapi lama kelamaan muncul pula rasa sayang apabila sentiasa bersama. Perhatiannya, kelembutannya dan cara layanannya boleh membuatkan diri terawang-awang angau. Tidak percaya? Tanyalah rakan-rakan anda yang mempunyai teman wanita yang lebih berusia.
5. Pandai Bermanja
Melayan seperti anaknya sendiri. Kebiasaan layanan begitu diberikan wanita berusia kepada pasangannya yang lebih muda. Sentiasa memanjakan lelaki. Ingat, dimanja dan disayangi adalah dua perbuatan yang lain maksudnya. Ini untuk bacaan wanita, jangan menolak jika suami atau pasangan meminta anda memotong kukunya walhal dia boleh melakukan sendiri. Itu tandanya dia ingin dimanjakan.
6. Wanita 30 hingga 45 Mempunyai Kecantikan Tertinggi Dalam Hidupnya
Ini fakta yang harus diakui. Wanita lebih cantik pada usia begini. Kecantikannya lebih menyerlah dan dilihat bijak memilih fesyen tersendiri.
Sumber: http://baituljannah.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDw9Uw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment