Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERKASA desak orang ramai boikot Starbucks dan Microsoft kerana mendukung hak LGBT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERKASA desak orang ramai boikot Starbucks dan Microsoft kerana mendukung hak LGBT

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menyeru orang ramai memboikot rangkaian kopi popular Starbucks kerana mendukung hak komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

PERKASA desak orang ramai boikot Starbucks dan Microsoft kerana mendukung hak LGBT

PERKASA desak orang ramai boikot Starbucks dan Microsoft kerana mendukung hak LGBT

Menurut Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) PERKASA, Amini Abdullah, kerajaan juga perlu membatalkan lesen syarikat berkenaan, termasuk Microsoft kerana mempromosi perkahwinan sejenis.

“Sokongan mereka kepada perkahwinan sejenis dan komuniti LGBT tidak selari bahkan bertentangan dengan aspirasi negara dan agenda nasional,” kata Amini dalam satu kenyataan hari ini.

Amini merujuk dukungan Pengerusi Starbucks Howard Schultz terhadap perkahwinan sejenis dan LGBT, tanpa memetik sebarang laporan khusus.

Pada tahun 2013, Schultz mengakui bahawa pendirian pro-LGBT oleh Starbucks telah menurunkan pendapatan syarikat itu.

Sementara Microsoft pula sebelum ini diketahui memiliki dasar yang pro kepada kakitangan yang mempunyai kecenderungan gay dan lesbian.

Pendirian Amini Amir dan PERKASA diihat selari dengan kenyataan Muhammadiyah, organisasi Muslim kedua terbesar Indonesia yang mendakwa mempunyai sekitar 30 juta ahli.

Pemimpin Muhammadiyah, Anwar Abbas memberitahu Reuters baru-baru ini bahawa kerajaan Indonesia perlu membatalkan lesen operasi Starbucks kerana sokongan syarikat itu kepada komuniti LGBT “tidak selaras” dengan ideologi negara.

“Jika Starbucks hanya menjalankan perniagaan, maka baiklah, tapi jangan bawa ideologi ke sini,” kata Abbas.

Sementara itu, Amini Amir berkata gerakan LGBT bertentangan ajaran Islam, Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.

“PERKASA juga percaya amalan LGBT adalah amalan yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam sejak sekian lama bahkan bertentangan dengan naluri dan fitrah manusia.

“Amalan LGBT tidak pernah mendapat pengiktirafan majoriti umat Islam di negara ini dan dunia. Tidak pernah ada satupun fatwa sejak 1438 tahun yang lalu yang membenarkan amalan LGBT,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



Sumber PERKASA desak orang ramai boikot Starbucks dan Microsoft kerana mendukung hak LGBT

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHWaTl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.