Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah lama berdiam diri, Dollah Salleh akhirnya buka mulut dedah Pahang jadi mangsa atur perlawanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah lama berdiam diri, Dollah Salleh akhirnya buka mulut dedah Pahang jadi mangsa atur perlawanan

Pengendali Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan mutu pengadilan berat sebelah ketika pasukannya tewas 1-2 di tangan FELDA United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, kelmarin.

Beliau turut kesal apabila kekasaran terhadap pemain import Mohamadou Sumareh dalam kotak penalti yang jelas melayakkan Pahang memperoleh sepakan penalti tidak dilayan pengadil.

Malah, bekas jurulatih kebangsaan itu menyifatkan pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin sebagai tidak tahu undang-undang perlawanan selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada The Fighters pada minit ke-88.

“Saya memang kecewa dan amat tidak puas hati dengan apa berlaku malam ini (kelmarin), mereka (pemain) sudah memberikan persembahan terbaik tapi pengadil membunuh semangat kami.

“Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan amat menghampakan saya dan pemain malah saya sudah lama berdiam diri, kami (Pahang) seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini, adakah semua (keputusan) sudah diatur? Banyak kali kami dilayan seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, malam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada FELDA United, Dollah berkata, pengadil jelas tidak faham posisi ‘ball to the hand’ yang dilakukan pemain The Fighters ketika situasi kelam-kabut di depan pintu gol Tok Gajah pada minit ke-88.

“Itulah yang saya katakan tadi, beliau (pengadil) ini faham atau tidak (undang-undang) kerana kita boleh nampak ia adalah situasi ‘ball to the hand’, bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola.

“Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti mereka (FELDA United) beliau buat tidak tahu, semua orang nampak (kekasaran),” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik keputusan pengadil, Dollah berkata, beliau hanya mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik.

“Saya hanya mahu lihat sukan ini terus diminati kerana kualiti permainan dan pengadilan yang terbaik, ini untuk masa depan bola sepak negara.

“Kasihan kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan menghiburkan tapi, jika beginilah mutu (pengadilan), saya pasti mereka juga kecewa.”

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dah lama berdiam diri, Dollah Salleh akhirnya buka mulut dedah Pahang jadi mangsa atur perlawanan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sE5GC1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.