Susulan gambar dicabul, Shell umum tarik balik semua papan poster gadis shell seluruh Malaysia berkuatkuasa serta merta
Shell pada Isnin memutuskan untuk menarik balik semua papan poster yang memaparkan seorang wanita mempromosikan bahan api dari rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu susulan gambar-gambar menunjukkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap model wanita pada poster berkenaan sehingga tular di media sosial.
Shell dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu, yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.
“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” menurut syarikat minyak itu.
Terdahulu, mStar Online melaporkan seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang ‘mencabul’ model wanita pada posternya di stesen minyak tampil memohon maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu.
“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun… saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.
“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan di Facebook Mualim Mohd Fadhli pada Ahad.
Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.
Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang ‘mencabul’ poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.
Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan sedang memegang air mineral tular di media sosial.
Tidak lama kemudian, Nor Shafila ‘muncul’ sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex.
Sumber: Mstar
Sumber Susulan gambar dicabul, Shell umum tarik balik semua papan poster gadis shell seluruh Malaysia berkuatkuasa serta merta
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDRldf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment