Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah

PENYANYI bersuara emas, Adele membuat pengumuman yang pastinya mengecewakan buat setiap peminatnya yang masih belum berkesempatan menonton konsertnya menyanyi secara live di mana-mana lokasi jelajahnya sebelum ini.

Perkongsian status di Instagram yang dikendalikan oleh peminatnya, terdapat sekeping surat yang dikatakan ditulis Adele mengatakan dia akan ‘sarung kasut’ dan bersara dari arena konsert jelajah selepas ini.

“Konsert jelajah adalah suatu perkara yang pelik pernah saya lakukan.  Saya tak sesuai untuk melakukannya.  Saya merupakan seorang yang suka duduk di rumah.  Malah, saya juga seorang yang dramatik dan mempunyai sejarah konsert yang teruk.  Saya rasa sampai setakat ini sahaja!,” tulis penyanyi berusia 29 tahun itu.

Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penghibur Adele sudah melakukan sebanyak 119 konsert live manakala tiga lagi baki konsertnya akan berlangsung dalam masa terdekat.

Adele atau nama lengkapnya, Adele Laurie Blue Adkins memulakan kerjayanya sejak 11 tahun lalu dan setakat ini dia sudah berjaya mengeluarkan tiga buah album yang kesemuanya mendapat perhatian peminat seluruh dunia iaitu album 19 yang dikeluarkan pada tahun 2008, 21 (2011) dan 25 (2015). – MYNEWSHUB.CC 

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBd1ad

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.