Mengapa Malaysia Terus Menjadi Pilihan Pelabur Disebalik Risiko Politik?
Bloomberg dalam laporannya minggu lalu mengatakan aset pelaburan di Malaysia kembali menjadi pilihan pelabur-pelabur asing. Antara sebab yang dinyatakan oleh agensi berita terkemuka itu ialah peralihan ekonomi Malaysia itu sendiri yang semakin mengukuh walaupun masih diselubungi oleh risiko politik berkaitan dakwaan oleh Department of Justice (DOJ) di Amerika Syarikat.
Bloomberg juga turut menyatakan, ini mungkin akan menjadi sebab PM Najib Razak mengadakan pilihanraya umum pebih awal bagi mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional.
Disebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing sejak akhir-akhir ini, ia telah banyak memandu peningkatan nilai aset pelaburan dalam pasaran saham dan bon di Malaysia dan secara langsung menolak nilai Ringgit naik semula.
Ringgit kini adalah matawang paling kukuh di Asia berbanding US dolar pada suku pertama 2017. Pelabur-pelabur asing telah membeli jumlah saham terbesar dalam pasaran ekuiti sejak 2013 dan tidak lupa juga pasaran bon yang melonjak pada April dan Mei.
Jika kita telusuri perkembangan mutakhir dalam pasaran Malaysia, sebenarnya kita dapat menjangka kemasukan pelaburan paling banyak adalah dari China dengan sektor pembinaan paling banyak mendapat faedah.
Kemasukan pelaburan ke dalam negara adalah satu perkembangan positif kepada negara, kerana ia akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi. Namun, apa yang dibimbangi adalah faktor struktur ekonomi dan polisi yang digunapakai oleh kerajaan dalam mengawal pelabur asing selepas bertapak di Malaysia.
Malaysia harus melindungi pekerja-pekerja domestik dan tidak lupa juga kontraktor tempatan agar ekonomi domestik terus berkembang pada tahap optimum khususnya dalam sektor pembinaan.
Sememangnya tidak dinafikan, ekonomi Malaysia dilihat semakin berkembang berbanding tahun lalu dengan laporan terkini oleh OCBC menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi kepada 4.8% berbanding 4.2% sebelum ini.
OCBC dalam kenyataannya mengatakan pertumbuhan akan terus disokong oleh penggunaan domestik dengan pelaburan swasta meningkat 12.9% dari tahun ke tahun pada suku pertama selain sokongan berterusan oleh polisi akomodatif oleh Bank Negara Malaysia.
“Dengan pembangunan makroekonomi, kami lebih positif pada pertengahan 2017 terhadap ekonomi Malaysia, walaupun kebimbangan terhadap risiko politik,” kata Hakan Aksoy pengurus dana di Pioneer Investment Management Ltd.
“Selagi kita melihat peningkatan dalam data-data dan sokongan oleh keadaan global dan harga tenaga yang stabil, kami tetap berpandangan positif terhadap Malaysia,” kata syarikat pelaburan yang berpangkalan di London itu.
The post Mengapa Malaysia Terus Menjadi Pilihan Pelabur Disebalik Risiko Politik? appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ti8M0I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment