Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Gambar Raya Pegang Anjing, Ini Penjelasan Dari Salah Satu Ahli Keluarga Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Gambar Raya Pegang Anjing, Ini Penjelasan Dari Salah Satu Ahli Keluarga Tersebut


Seperti biasa, orang berlumba-lumba memuat naik gambar berhari raya. Masing-masing dengan pakaian dan gaya tersendiri. Ada yang menjadi viral dan bualan netizen. Sebagai contoh jubah ala duyung oleh seorang pemuda yang mendapat kecaman dari netizen.

Namun, terdapat sebuah gambar 'unik' telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular. Gambar 'luar biasa' itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.

Sebenarnya gambar tersebut telah pun menjadi viral sebelum ini dan keluarga tersebut hanya mendiamkan diri dan enggan melayan karenah dan kecaman dari netizen. Namun ianya menarik perhatian aktivis terkenal Syed Azmi. Beliau cuba mendapatkan komen dari ahli keluarga tersebut dan ini apa yang boleh dikongsi supaya netizen semua jelas dengan keadaan tersebut. 



Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014. 

Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka. 

Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. 

Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. 

Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami. Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.

Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

- www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siOH92

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.