Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Diminta Perjelas Isu Syarat Lulus BM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Diminta Perjelas Isu Syarat Lulus BM



KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua menteri berkenaan akan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

"Saya akan meminta Datuk(Seri Dr) Subramaniam untuk membuat penjelasan mengenai kontroversiitudan juga akan meminta menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut perspektif JPA," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media ketika melakukan kunjungan Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC, Stampin di sini Isnin.

Katanya, ia adalah bagi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di akar umbi, terutama di kalangan pejuang-pejuang bahasa kebangsaan.

Bagi saya, perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang berkenaan supaya perkara ini tidak lagi dikontroversikan dan menjadi polemik terutama menjelang hari besar (pilihan raya) sehingga ia dimanipulasikan oleh pihak yang anti-establishment, kata Ahmad Zahid.

Dalam perkara ini, saya memandang keputusan yang dibuat oleh JPA dan juga Jabatan Kesihatan bukan terhadap penjawat awam tetap tetapi terhadap penjawat awam secara kontrak dan itu sebabnya saya mahu pencerahan dapat dilakukan oleh kedua-dua menteri berkenaan, tambahnya.

Terdahulu, ketibaan TImbalan Perdana Menteri serta rombongan diberi sambutan tradisi masyarakat Iban.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri Kabinet negeri Sarawak. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ti6BKj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.