Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan Sarawak: Satu tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan Sarawak: Satu tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib?

Tindakan Sarawak dikhuatiri undang campur tangan kuasa luar - Salahuddin 
Israr KhalidAstro Awani |  Julai 03, 2017 15:41 MYT
Tindakan Sarawak dikhuatiri undang campur tangan kuasa luar - Salahuddin
Salahuddin (gambar) melihat tindakan kerajaan negeri Sarawak itu seakan-akan mencabar kerajaan pusat Barisan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menghantar wakil ke London bagi meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963).

Katanya, tindakan yang dibuat bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut bakal mengundang campur tangan asing dalam pentadbiran negara.

“Mengapa ini berlaku selepas 60 tahun kita merdeka? Sudah tentu ia bertolak daripada satu keadaan yang tidak kondusif, hubungan atau hak-hak yang mungkin tidak diberikan secara adil, kepada kerajaan Sarawak.

“Ini satu tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada hari ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah di sini, hari ini.
Katanya, sekiranya perkara seperti itu dibuat oleh parti pembangkang, sudah pasti mereka akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan akta-akta lain yang berkaitan.

1 Julai lalu, Datuk Abang Johari Openg berkata Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London bagi tujuan tersebut, diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Ketua Menteri itu, ia sebagai kesinambungan usaha bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan) untuk mendapatkan hak Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Salahuddin melihat tindakan itu seakan-akan mencabar kerajaan pusat Barisan Nasional.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempoh hari, nampaknya sentimen anti-Semenanjung yang ketara dan hebat dibangkitkan Allahyarham Tok Nan berjaya menarik sokongan besar rakyat Sarawak kepada partinya.

“Persoalan saya, adakah mereka akan membuat perkara sama dalam PRU14 nanti?” soalnya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEk4KH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.