Hi! Welcome Back and Stay Tune! BARU KAMI TAHU, RUPANYA GARISAN KECIL PADA WANG KERTAS MALAYSIA ADA ‘SECRET MEANING’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BARU KAMI TAHU, RUPANYA GARISAN KECIL PADA WANG KERTAS MALAYSIA ADA ‘SECRET MEANING’

Hari-hari guna duit tapi tak pernah pula rasa nak ambil tahu tentang duit, apa yang biasa kita buat hanyalah nak mengeluh bila tak cukup duit

Mesti anda semua tak perasan, tapi satu fakta baru tentang wang kertas Malaysia telah dijumpai yang mungkin ramai antara anda yang masih tidak tahu tentang ini

Jika anda lihat pada duit satu ringgit ini, nampak seperti duit kertas biasa saja kan. Tapi jika anda lihat dengan teliti anda akan nampak satu garisan halus di sebelah kiri pada bahagian bawah duit ini.

Pernah tak anda tertanya apakah fungsi garisan halus itu?

Sebuah gambar yang telah dimuatnaik [email protected] ini mula viral di laman Twitter sejak Sabtu lalu lagi.

Gambar yang telah dimuatnaik oleh beliau telah dikongsikan sebanyak 11 ribu kali di laman Twitter. Sejak dari hari itu, ramai orang yang tertanya tentang fungsi garis halus ini.

Jadi, apakah fungsi garisan halus itu?

Seperti apa yang ditulis dalam tweet beliau, dikatakan garisan itu adalah untuk membantu warga orang kurang upaya (OKU) untuk mengenalpasti nilai wang menerusi sentuhan. Ya, memang betul, garisan halus ini dikenali sebagai bacaan Brailles. Bacaan Brailles ini amat penting untuk digunakan bagi memudahkan warga kurang upaya untuk menggunakan wang dan berurusan dalam hal jual beli.

Kalau anda masih tidak percaya, apa kata anda buka dompet dan check duit anda sekarang! Jika anda jumpa garisan halus pada sebelah kiri di bahagian bawah itu, cuba rasa dan bezakan dengan nilai wang kertas yang lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEzIKe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.