Hi! Welcome Back and Stay Tune! 8 Mangsa Nahas Helikopter Terhempas Di Jawa Tengah Ditemui Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

8 Mangsa Nahas Helikopter Terhempas Di Jawa Tengah Ditemui Maut


JAKARTA - Kesemua lapan anggota pasukan Badan Mencari dan Menyelamat (Basarnas) yang dilaporkan hilang bersama sebuah pesawat helikopter semalam telah ditemui dan disahkan maut.

Media-media dalam talian memetik Ketua Basarnas Jawa Tengah Agus Haryono sebagai berkata, mayat mereka ditemui dalam bangkai pesawat yang hancur di kawasan Pegunungan Butak, Temanggung, Jawa Tengah.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Bhayangkara Semarang dan telah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing dan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana(DVI) Polis Daerah Jawa Tengah.

Empat daripada mangsa ditemui di tempat kejadian semalam manakala empat lagi ditemui pagi tadi.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai juruterbang dan pembantunya Haryanto dan Li Solihin serta dua kru pesawat itu Hari Marsono dan Budi Santoso manakala empat anggota pasukan penyelamat Basarnas ialah Maulana Afandi, Nyoto Purwanto, Budi Resti dan Catur. - Bernama




✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7A4rW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.