Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Idham kecewa Minah Moto dianaktirikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Idham kecewa Minah Moto dianaktirikan

Pengarah prolifik Ahmad Idham mengakui dia begitu kecewa apabila pihak pempamer lebih memberi keutamaan kepada filem luar berbanding naskhah baharu keluarannya, Minah Moto.

Filem Minah Moto berjaya kutip RM450,000 pada minggu pertama tayangannya.

Mula ditayangkan pada 25 Jun lalu bersamaan 1 Syawal, bagaimanapun Idham bersyukur filem lakonan Dayana Roza itu masih mampu meneruskan tayangan untuk minggu kedua dan berharap sokongan kuat peminat jentera dua roda.

“Minah Moto terpaksa bersaing dengan filem-filem hebat Hollywood seperti Transformers dan Spiderman yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat setia sekian lama.

“Walaupun ada yang menyifatkan filem ini gagal sebaliknya bagi saya Minah Moto adalah mangsa kepada kelemahan pengurusan pengurusan wajib tayang yang kurang bijak menyusun masa tayangan ketika musim raya.

“Namun saya masih boleh berbangga filem ini mampu berdiri dengan sendirinya di celah-celah kehebatan dua filem aksi tersebut sehingga mengutip hasil jualan tiket kira-kira RM450,000 untuk minggu pertama,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Tambah sutradara yang kini mengusahakan sebuah sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa, Eden Firdaus Centre For Special Education, dia yakin filemnya akan lebih bernasib baik jika ditayangkan selepas Aidilfitri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Idham sedang memberi tumpuan terhadap strategi pemasaran filem seterusnya, Pencuri Hati Mr. Cinderella yang kembali menyatukannya dengan Haliza Misbun.

Diinspirasikan daripada drama popular lakonan mereka berdua kira-kira 20 tahun lalu, filem berkenaan dijangka bakal ditayangkan pada 10 Ogos ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

 



Sumber Ahmad Idham kecewa Minah Moto dianaktirikan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJrA73

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.