Apa jadi dengan JPJ ni?
Memang ada yang tidak kena dengan JPJ
Kenapa? Itu persoalan yang bermain di fikiran ramai ketika ini apabila tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada Pasukan Tindakan Khas (PTK) disiasat polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk pejabat Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Seri Nadzri Siron.
Susulan kejadian itu yang berlaku pada 13 Julai lalu JPJ menerusi satu kenyataan semalam turut mengumumkan penggantungan PTK, satu unit elit yang baru beroperasi tak sampai dua tahun.
PTK sebuah unit istimewa dalam JPJ bersesuaian namanya. Tarafnya sama seperti Unit Tindakan Khas (UTK) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan komando di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kepada yang mungkin tak berapa kenal dengan PTK ini, mungkin operasi menahan 10 ahli kongsi gelap yang menjalankan aktiviti tonto di plaza tol Awan Besar Lebuhraya KESAS pada 26 April tahun lalu mengingatkan anda semula kepada kehebatan PTK.
Operasi itu diingati ramai kerana ia seolah-olah babak dalam filem Hollywood apabila dua helikopter unit udara PDRM turut digunakan, selain sebahagian lorong lebuh raya ditutup hingga menggemparkan pengguna jalan raya.
Dianggotai 26 pegawai penguat kuasa JPJ yang dipilih menganggotai PTK menjalani latihan khas PTK di Pusat Latihan Pasukan Tindakan Am, Perak dan berperanan menangani kesalahan serius dan memerlukan pembabitan daripada Ibu Pejabat JPJ.
Ketika diperkenalkan sempena sambutan Hari JPJ ke-70 di Putrajaya 10 April tahun lalu, anggota PTK melakukan demonstrasi seni mempertahankan diri merangkumi aksi tempur tanpa senjata, tindak balas ancaman pistol dan penggunaan ‘T-baton’.
Demikianlah hebatnya kepakaran anggota PTK, tapi persoalan besar yang membingungkan banyak pihak sekarang kenapa kepakaran itu disalah gunakan?
Kenapa pula bilik Ketua Pengarah JPJ sendiri yang dipecah masuk? Apakah tujuan mereka dan apakah yang dicari di dalam bilik bos besar mereka itu?
Saya mengandaikan, semestinya bukan wang ringgit, barang kemas atau peralatan elektronik yang mereka cari, sebaliknya apa yang dicari itu besar kemungkinan dokumen penting.
Jika kemungkinan itu benar, ia membawa kepada persoalan seterusnya - apakah dokumen itu dan mengapa anggota PTK disyaki itu inginkan dokumen berkenaan?
Saya dan beberapa rakan sekerja di Harian Metro (HM) yang biasa membuat tugasan membabitkan JPJ, cuba merisik-risik mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan ini.
Ada antara persoalan itu kami mendapat jawapannya dan ada yang tidak. Jawapan yang kami terima pun, sekadar berstatus kemungkinan atau teori yang bermakna ia tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Justeru, tidak perlulah saya kongsikan segala-galanya di sini.
Cuma, ada ada sumber di dalam PTK beria-ia memberitahu HM, tiga suspek yang memecah masuk pejabat Nadzri bukan anggota penguat kuasa PTK.
“Jumlah anggota PTK tak ramai. Tak sampai pun 30 orang, jadi kami saling mengenali di antara satu sama lain. Siapa sebenarnya yang disiasat polis itu, saya tak tahu. Adakah mereka benar-benar orang JPJ atau orang luar. Yang saya pasti, mereka bukan anggota PTK,” katanya bersungguh-sungguh.
Sumber itu turut berkeras mempertahankan spekulasi penggantungan operasi PTK adalah berkaitan dengan pendakwaan terhadap Timbalan KP (Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob, atas kesalahan lalu lintas di mahkamah Selasa lalu, biarpun ia dinafikan Nadzri.
Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Kaedah 53 (1) Peraturan Lalu Lintas 1959 di atas kesalahan Seksyen 119 (1) (c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Spekulasi sebelum ini kuat mengaitkan kes membabitkan Yusoff sampai ke pengetahuan umum sehingga dia akhirnya didakwa selepas didedahkan anggota PTK dan inilah punca PTK kini digantung.
Sejauh mana benar atau salah kata-katanya itu, kita serahkan saja kepada polis untuk menyiasat. Lagipun, setakat ini tiga anggota yang didakwa daripada unit PTK itu masih berstatus suspek.
Selagi siasatan belum selesai dan selagi kes belum didakwa sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah, tidak wajar untuk kita membuat kesimpulan.
Apapun, segala insiden yang membabitkan JPJ kebelakangan ini akan menyebabkan media, mahupun orang awam tidak lagi melihat JPJ dengan ‘pandangan biasa.’
Secara peribadi saya berpendapat ada yang tidak kena dengan JPJ kerana sebelum ini pun sudah berlaku beberapa insiden yang menimbulkan kemusykilan dan belum terjawab.
Pada 17 Jun lalu, Nadzri disoal siasat lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung set golf bernilai RM45,000 yang diterimanya.
Pada 21 Jun pula, seorang wartawan HM yang mengikuti satu operasi JPJ diketuai Pengarah Penguatkuasanya, Datuk V Valluvan tiba-tiba diarahkan tidak meneruskan liputan.
Menurut Valluvan yang sebelum ini amat mesra dengan pengamal media, dia berbuat demikian kerana ada arahan terbaru yang melarangnya memberi kenyataan kepada media biarpun memegang jawatan Pengarah Penguatkuasa.
Pada Disember tahun lalu, HM mendedahkan 2,000 sijil pemilikan kenderaan (VOC) hilang dari pejabat JPJ Johor Bahru dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sehingga kini masih belum ditemui.
Sebelum itu, pada September, HM membongkar hal mesin kios mySikap bernilai RM7 juta yang diperkenalkan JPJ pada November 2013 hanya berfungsi tidak sampai setahun.
Rentetan semua peristiwa ini jelas membuktikan kemelut di JPJ kini sebenarnya hanya kesinambungan daripada permasalahan yang wujud sejak tahun lalu dan belum menemui jalan penyelesaiannya.
Sehingga bila drama membabitkan kisah dalaman di JPJ ini akan menemui titik noktah, sama-samalah kita tunggu.
Penulis ialah Penulis Khas Kanan Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 7:35 AM

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vKRhWy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment