Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“SAYA tak cakap semua perempuan macam itu, tapi saya yakin ramai yang macam dia.

“Hati diaorang kering dan tak berhati perut; mereka tidak kenal erti bersama dan hanya mahu yang sempurna.

“Saya cerita ni sebab saya pernah terserempak dengan bekas tunang saya dekat sini,” rintih seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai David kepadaku ketika kami sedang berbual di kaki lima Jalan Hang Lekir.

“Yelah bang, KL ni bukan besar mana pun, mesti jumpa punya,” aku mencelah.

“Saya tidak kisahkan terserempak tu bang, tapi sakit yang ditinggalkan itu masih tersimpan sampai hari ini,” sambungnya.

“Dulu saya ada segalanya, bang,” dalam suara yang tersekat-sekat.

“Tapi siapa yang sanggup bang?” soalnya.

 

 

Aku hanya membisu dan merenung tepat ke mata David yang sedikit berkaca.

Di lokasi inilah David menghabiskan sisa-sisa hidupnya setelah dipinggirkan dek kecacatan yang dialami.

Di lokasi inilah David menghabiskan sisa-sisa hidupnya setelah dipinggirkan dek kecacatan yang dialami.

“Saya normal masa itu – ada duit, ada kerja, ada kereta dan memang saya hendak beli rumah masa tu,” sambungnya.

“Tapi hari ini saya hilang segala-galanya selepas accident.

“Saya terlantar enam bulan koma, bang,” rintihnya.

“Saya hanya ada keluarga angkat dan ‘dia’ sebagai sokongan hidup masa itu.

“Tapi abang tahu apa jadi selepas enam bulan tu?” tanya David kepadaku.

Aku yakin kali ini bukan lagi saat yang sesuai untuk aku terus membisu tanpa membalas.

“Apa katanya?” tanyaku.

“Dia cakap….kalau you dah cacat macam ini, macam mana you nak tanggung I?” imbaunya pada kenangan pahit yang menikam dirinya yang kini bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya baru sembuh dari koma masa itu, bang, dan itu yang saya terima,” keluhnya.

“Saya tahu saya lelaki, saya kena kuat.

“Saya faham saya cacat dan kini saya jadi gelandangan selama hampir 10 tahun,” jelasnya.

“Demi Tuhan saya tidak jadi begini kerana dia; saya yakin Tuhan nak bagi yang lebih baik dari ‘dia’.

“Tapi siapa, bang? Mana perempuan yang sanggup dengan keadaan saya sekarang ini?” tanyanya lagi kepadaku sambil memperlihatkan kecacatan di kedua belah tangan dan kecederaan anggota badan lain akibat kemalangan itu.

Untuk kesekian kalinya pertanyaannya yang satu itu benar-benar membunuh rasa nikmat hidupku seketika kerana aku sendiri tidak pasti apa jawapan terbaik untuk aku berikan.

"Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini" - Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

Kehilangan segala yang penting dalam hidupnya mendorong David untuk membawa diri ke segenap lorong gelap di ibu kota.

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini,” keluhan terakhirnya ini benar-benar menghukumku.

Sumber: Awani

 



Sumber “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tpj4Lq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.