Hi! Welcome Back and Stay Tune! Batu 5 Jalan Semeba di Kuching diisytihar lokasi ke-20 jangkitan Rabies - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Batu 5 Jalan Semeba di Kuching diisytihar lokasi ke-20 jangkitan Rabies

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sekitar jam 8.30 pagi tadi mengisytiharkan wabak rabies telah memasuki Daerah Kuching apabila dua lagi lokasi diwartakan sebagai kawasan jangkitan.

Dua lokasi terbaharu itu ialah Kampung Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, dekat sini.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian, telah melakukan perbincangan mengenai perkembangan ini pagi tadi di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd sebelum mengisytiharkan dua kawasan baru positif wabak Rabies itu.

“Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan tersebut, menurut kenyataan jawatankuasa tersebut.

“Oleh itu seluruh masyarakat terutamanya di kawasan tersebut dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ia berkeliaran

“Kini terdapat 20 kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan wabak Rabies sejak ia dikesan di lima buah kampung di Serian,” kata kenyataan itu lagi.

Setakat ini, wabak ini telah mengorbankan empat nyawa, manakala lelaki dewasa berusia 52 tahun kini sedang mendapatkan rawatan rapi. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vwHHaN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.