Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERMATANG PAUH ADA NILAI ‘SENTIMENTAL,’ PKR SEDIA LAWAN PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERMATANG PAUH ADA NILAI ‘SENTIMENTAL,’ PKR SEDIA LAWAN PAS

PERMATANG PAUH ― PKR sedia mempertahankan semua kerusi tradisi termasuk parlimen Permatang Pauh yang mempunyai “nilai amat sentimental,” kata naib presiden PKR.

Namun Nurul Izzah Anwar mengingatkan jentera parti agar tidak membuat provokasi dan menyatukan semua usaha demi berdepan Umno dan BN pada pilihan raya umum, lapor Sinar Harian.

“Maka hari ini saya sebut PKR mahu mempertahankan kerusi-kerusi yang telah kami bina, khususnya Permatang Pauh.

“Termasuklah hakikat bagaimana rakyat Permatang Pauh mampu mempertahankan satu kemenangan kita sahaja pada 2004.

“Pada saya wajib kita kena ada tawaduk,” katanya ketika melancarkan jentera pilihan raya PKR Pulau Pinang semalam.

PAS sebelum ini bertegas untuk meletakkan calon di semua kerusi PKR termasuk di Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah berkata kalah atau menang adalah soal kedua maka jentera parti perlu memikirkan rancangan terbaik untuk mendapat sokongan rakyat

“Saya harap mereka (jentera parti) akan menggunakan kerendahan diri dan ketinggian akal budi dalam merencanakan segala usaha.

“Kita tidak mahu melahirkan provokasi kerana musuh kita adalah Umno dan BN, termasuk juga Datuk Seri Najib Razak dan anggota kabinetnya,” kata wakil rakyat Lembah Pantai.

– http://ift.tt/1aoZXzE

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vic87E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.