Luahan Mawar Abdul Karim Didakwa Guna Krim Calit-Calit Terus Mengandung
PUTRAJAYA - Susulan viralnya screenshot laman Ikhtiar Hamil Krim Progesterone yang mendakwa, pasangan selebriti juga turut menggunakan krim calit-calit terus mengandung, selebriti berkenaan tampil menafikan dakwaan itu.
Mawar Abdul Karim berkata, peniaga krim berkenaan bukan sahaja tidak meminta kebenaran untuk menggunakan namanya, tetapi juga memfitnahnya semata-mata mahu melariskan produk krim calit-calit terus mengandung lapor The Reporter.
"Tak baiklah mereka cerita yang tak betul ini. Janganlah nak gunakan nama kami untuk kepentingan anda berniaga.
"Sudahlah tak minta kebenaran kami, kata kami guna produk anda. Malah anda telah menipu pelanggan yang tidak bersalah dan menganiaya orang.
"Jadi kepada pelanggan semua, kami tidak menggunakan sebarang produk ubatan luar kecuali treatment dengan doktor sahaja," jelas kenyataannya di laman Instagram, semalam.
Orang ramai dinasihatkan tidak mencuba sebarang produk yang tidak diketahui sama ada kandungannya selamat atau sebaliknya.
Bagi wanita yang mempunyai masalah sukar hamil atau berkaitan kesuburan dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat dari Pakar Sakit Puan. Bukannya bertanya pada peniaga yang tidak mempunyai tauliah yang rata-rata hanya mahu melariskan jualan produk dan keuntungan, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya yang berlaku kepada pengguna.
Sumber Luahan Mawar Abdul Karim Didakwa Guna Krim Calit-Calit Terus Mengandung
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vithOL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment