Kerajaan kenakan syarat, Pemandu GrabCar dan Uber mahu berhenti
RAMAI pemandu GrabCar dan Uber bercadang tidak mahu meneruskan kerja dalam perkhidmatan e-hailing lagi selepas kerajaan bakal mengawal selia dan mengenakan beberapa syarat yang perlu mereka patuhi.
Antara syarat dikenakan terhadap pemandu GrabCar dan Uber ini ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan, segala syarat-syarat dikenakan kepada pemandu teksi, kini akan turut terpakai kepada pemandu kenderaan e-hailing.
Pengendali perkhidmatan itu diberi tempoh sehingga setahun untuk memenuhi syarat ditetapkan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
Berbanding ketika ini, semua pemandu GrabCar dan Uber tidak dikenakan sebarang syarat kecuali hanya perlu mendaftar dengan syarikat melalui aplikasi disediakan.
Menurut pemandu GrabCar dikenali sebagai Tan ketika memberitahu Sin Chew Daily, sama ada perlu membeli insurans, pemeriksaan kenderaan ataupun pemeriksaan kesihatan, semuanya memerlukan kos yang agak banyak.
“Banyak perbelanjaan perlu disediakan bagi memenuhi syarat dikenakan kerajaan. Saya tidak pasti perlu memandu berapa jam, baru boleh dapat balik kos yang telah saya bayar ini.
“Saya rasa kalau kerajaan kenakan syarat ini, mungkin ramai pemandu GrabCar dan Uber akan berhenti selepas ini,” katanya.
Apabila undang-undang tersebut dikuatkuasakan kelak, Malaysia turut mencatatkan sejarah sebagai negara pertama mengawal selia perkhidmatan e-hailing sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam sah di sisi undang-undang.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Kerajaan kenakan syarat, Pemandu GrabCar dan Uber mahu berhenti
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbdwbu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment