Hi! Welcome Back and Stay Tune! CAMPUR TANGAN KERAJAAN CEMAR KETELUSAN BADAN KEHAKIMAN, KATA DR MAHATHIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CAMPUR TANGAN KERAJAAN CEMAR KETELUSAN BADAN KEHAKIMAN, KATA DR MAHATHIR

BADAN kehakiman perlu bersikap adil dan dilihat bebas daripada kuasa eksekutif, kata Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini.

Beliau berkata pelantikan itu tidak harus dipengaruhi kerajaan untuk memastikan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman.

Tetapi bekas perdana menteri itu berkata lanjutan perkhidmatan hakim di luar umur persaraan mereka baru-baru ini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.

“Ia seolah-olah tiada calon lain. Ia mempunyai kesemua ciri pilih kasih, yang memihak kepada kerajaan.

“Apabila seorang hakim disukai secara khusus maka dia tidak boleh diterima sebagai tidak berat sebelah. Dan ketika perdana menteri sendiri dihadapkan dengan sejumlah kes di mahkamah, peranannya yang jelas dalam pelanjutan penggal perkhidmatan para hakim boleh dianggap sebagai gangguan dalam proses yang menyebelahinya.”

Dr Mahathir berkata pelantikan itu memberi kesan yang badan kehakiman berada di bawah PM.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak terlalu lewat untuk membatalkan pelanjutan dua hakim tersebut.

“Lakukannya dan kebebasan serta keadilan badan kehakiman akan dipulihkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kutukan Malaysia sebagai kleptokrasi, negara yang korup, dan ditambah dengan kegagalan badan kehakiman,” kata Dr Mahathir.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pada 8 Julai Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin, yang akan bersara tahun ini dilantik sebagai hakim tambahan sambil mengekalkan portfolio mereka sekarang.

Tempoh Md Raus dilanjutkan selama tiga tahun lagi manakala Zulkefli dua tahun.

Dr Mahathir juga berkata pemecatan bekas bekas peguam negara Abdul Gani Patail juga menjejaskan badan kehakiman.

“Alasan yang diberikan adalah kesihatan tidak baik. Prosedur penamatan seorang pegawai kanan kerajaan kerana kesihatan memerlukan mesyuarat lembaga perubatan.

“Lembaga akan melakukan pemeriksaan perubatan sepatutnya kepada pegawai untuk mengesahkan keadaan kesihatannya. Jika lembaga mengeluarkan sijil yang mengesahkan pegawai tidak dapat bekerja, maka barulah PM boleh menyerahkan sijil itu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan kebenaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menamatkan perkhidmatan pegawai berkenaan.

“Tiada bukti mesyuarat lembaga perubatan diadakan dalam hal penyingkiran peguam negara terdahulu. Ia jelas dilakukan mengikut kehendak PM,” kata Dr Mahathir.

Penyingkiran Gani dilakukan dengan segera apabila pihak polis menghalangnya masuk ke pejabat, tambah Dr Mahathir.

Ahli politik berusia 92 tahun itu mendakwa peguam negara yang baru, Mohamed Apandi Ali, seolah-olah ditugaskan untuk membersihkan Perdana Menteri Najib Razak daripada skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

“Dia (Apandi) sebenarnya memerintahkan penyiasatan terhadap 1MDB dihentikan, bukan haknya untuk menghentikan siasatan. Dia juga mengisytiharkan laporan dijalankan tiga institusi utama menjadi rahasia rasmi walaupun perdana menteri sendiri mengatakan ketua audit negara akan menyiasat bagi meyakinkan rakyat dia tidak melakukan kesalahan.

“Biasanya laporan audit adalah terbuka untuk penelitian awam. Jika memang laporan itu tidak menunjukkan bukti salah laku Najib, mengapa ada keperluan untuk menjadikannya rahsia rasmi,” kata Dr Mahathir.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukEmeF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.