Hi! Welcome Back and Stay Tune! K’JAAN SEDIA BETULKAN KESILAPAN, KATA KU NAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

K’JAAN SEDIA BETULKAN KESILAPAN, KATA KU NAN

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan hari ini sedia memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan kerajaan.

“Kami bukan parti yang sempurna. Kami tidak maksum, kita bukan orang yang sempurna.

“Jadi, apa jua yang kita buat kesilapan, kita bersedia untuk membetulkannya, seperti apa yang sedang kita lakukan hari ini (pelancaran rumah mampu milik),”tegas Tengku Adnan.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran dan sesi pengundian unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Platinum Spender, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata beliau juga sudah kehabisan idea dalam membantu warga Wilayah Persekutuan.

Menurut Tengku Adnan, pihaknya sudah melakukan pelbagai program dan cara namun masih belum dapat memenuhi kehendak rakyat hari ini.

“Saya tak tahu apa lagi yang saya boleh buat untuk warga Wilayah Persekutuan.

“Kita bantu tuan-tuan dan puan-puan dengan bermacam-macam cara, kita telah bantu saudara-saudara sekalian.

“Kadangkala saudara lupa dengan bantuan yang telah kerajaan sediakan. Saya hanya minta tuan dan puan kekal bersatu,” kata Tengku Adnan.

Oleh demikian, Ku Nan menyeru semua pihak agar ingat jasa kerajaan BN.
“Kita telah lakukan pelbagai program yang saya nak rayu kepada sekelian tolonglah, tolong bantu kami,” tambah Tengku Adnan.

Mengulas mengenai pelancaran RUMAWIP hari ini, Tengku Adnan berkata pihaknya akan mengguna pakai skim pinjaman kerajaan bagi 300 penduduk kawasan setinggan masyarakat India di tapak perumahan Rumawip Residensi Pandanmas di Kampung Pandan, kepada kaum Cina dan Melayu.

“Kita sedar masyarakat Melayu dan Cina berhadapan masalah sama, jadi saya sedang berbincang dengan perdana menteri kalau boleh dibuat cara yang sama (seperti penduduk bekas setinggan Kampung Pandan) untuk mereka,” katanya lagi.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJB3Au

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.