Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cico Anak Kepada Uji Rashid Dianiaya, Ditikam Di Bahagian Leher Dan Otak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cico Anak Kepada Uji Rashid Dianiaya, Ditikam Di Bahagian Leher Dan Otak

“Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda.

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Artis popular era 1970-an ini mendakwa Cico, 39, sakit termasuk sukar untuk bercakap.

Uji mendakwa anaknya itu dianiaya apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan apabila direndam dalam asid hingga bahagian dalamannya terbakar.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, Uji berkata, Cico keluar bertemu dengan rakan-rakannya pada malam 25 Disember tahun lalu lapor Harian Metro.

Cico Anak Kepada Uji Rashid Dianiaya, Ditikam Di Bahagian Leher Dan Otak

“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.

“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Uji berkata, dia kemudian membawa Cico mendapatkan rawatan di hospital selain menjalani rawatan perubatan Islam.

Menurut Uji, Cico kini semakin pulih cuma dia terasa sakit apabila mahu bercakap.

“Awal dulu, dia langsung tak kenal saya dan anaknya Rindu Nur Fitrah yang kini berusia lapan tahun.

“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim.

“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.

Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut kerana tidak mahu orang tersalah tafsir mengenai keadaan Cico.

“Ini ketentuan Tuhan dan semua yang berlaku atas izinNya. Cuma saya minta semua doakan yang terbaik dan jangan cakap yang bukan-bukan,” katanya.


Sumber Cico Anak Kepada Uji Rashid Dianiaya, Ditikam Di Bahagian Leher Dan Otak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ubfgPg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.