HADI PERLU REHAT DUA BULAN LAGI
MESYUARAT Kedua Dewan Rakyat bagi Penggal Kelima, Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 12 hari bermula 24 Julai hingga 10 Ogos depan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat hadir atau tidak ke sidang Parlimen kali ini, berikutan beliau masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pada pertengahan Mei lalu.
Menurut anak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil kepada Sin Chew Daily, ayahnya yang berjaya menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu, perlu rehat antara satu hingga dua bulan lagi.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjadi tumpuan pada sidang Parlimen kali ini kerana usul beliau mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) akan dibahaskan dan diputuskan kelak.
Menurut akhbar berkenaan, usul Abdul Hadi diletakkan di nombor 10 mengikut aturan urusan mesyuarat.
Pembentangan RUU 355 dibuat Abdul Hadi pada hari terakhir sesi sidang Parlimen lalu. Sejurus beliau selesai membentangkan usul itu, ia disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian membuat keputusan usul itu akan dibahaskan dan diputuskan pada sesi kali ini.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vmlJqH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment