Hi! Welcome Back and Stay Tune! MINTA 30 KEPING GAMBAR SEKSI PALSU – MAB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MINTA 30 KEPING GAMBAR SEKSI PALSU – MAB

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menafikan pihaknya menerima permohonan kerja melalui kiriman emel, tetapi hanya menjalankan temuduga kru kabin secara ‘walk-in’.

Pengurus Luaran dan Media Komunikasi Korporat MAB, Adlina Mohamed Azharuddin berkata, syarikat penerbangan itu turut menyedari tentang sindiket penipuan yang membabitkan MAB menggunakan kiriman emel bertarikh 12 Julai 2017 yang tersebar di internet.

“Tiada perekrutan untuk jawatan kru penerbangan buat masa ini. Kami ingin menasihatkan agar orang awam mengabaikan emel seperti ini.

“MAB melaksanakan proses pengambilan yang ketat dan selari dengan polisi sumber manusia syarikat kami,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pihaknya turut menegaskan bahawa MAB tidak memerlukan calon untuk mengirim gambar yang mendedahkan bahagian tubuh mereka.

image: http://ift.tt/2vmgWWy

Kiriman emel palsu yang meminta mangsa mengirimkan gambar seksi untuk proses pengambilan kerja.

Selain itu, MAB menggesa orang awam agar mendapatkan maklumat sahih tentang syarikatnya melalui saluran rasmi iaitu Facebook atau Twitter Malaysia Airlines sekiranya mereka mengesyaki terdapat sebarang bentuk penipuan berlaku.

Sementara itu, satu paparan skrin emel yang meminta calon pramugari mengirim sebanyak 30 keping gambar seksi yang ‘formal’ dan mendedahkan anggota badan tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sejak minggu lalu.

Menurut kandungan emel palsu tersebut, MAB didakwa memerlukan kakitangan seperti seorang model peragaan dan sempurna untuk melayan pelanggan VIP.

“Kami telah melangkau sesi temuduga anda. Tetapi kami memerlukan 30 keping gambar seksi yang formal dan gaya terdedah untuk mengesahkan bentuk badan anda disebabkan empat sesi temuduga yang sudah dilangkau.

“Sila hantarkan salinan sijil pendidikan dan faks kepada saya. Dan kirimkan gambar anda segera,” tulis emel palsu tersebut.

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsVGRp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.