SIAPA SEBENARNYA PENCABAR BN UNTUK PRU14?
SHAH ALAM – Saban hari, rakyat menanti detik tibanya PRU 14, sudah banyak spekulasi muncul mengenai bilakah tarikh keramat itu akan diumumkan namun hingga kini tiada jawapan untuk persoalan tersebut.
Selain itu, melihat kepada keadaan semasa politik tanah air, dapat kita lihat tiga parti besar yang menjadi pilihan rakyat iaitu Umno/BN, Pas dan Pakatan Harapan yang memerintah beberapa negeri di Malaysia.
Persoalannya kini, antara Pas atau Pakatan Harapan, parti manakah yang sebenarnya mampu memberikan saingan kepada parti pemerintah, Umno/BN?
Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib berpendapat parti-parti pembangkang sedia ada bukanlah satu cabaran besar bagi Umno?BN.
“Sebenarnya, formula Umno/BN adalah satu cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan dan Pas untuk ditiru bagi menjana keyakinan mereka dalam cubaan merampas kerajaan.
“Disebabkan itulah Umno/BN kekal utuh dan parti pembangkang lain bukan pencabar mereka namun cabaran besar bagi parti itu ialah soal perpaduan pemimpin serta membina keyakinan awam terhadap parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uaU24b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment