Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu

DAP
SHAH ALAM - DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pagi semalam.
Perkara itu dinyatakan Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya.

“DAP menerima pemberitahuan rasmi keputusan daripada ROS melalui surat pada pagi ini (semalam). CEC akan bertemu Rabu ini untuk bincang kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, ROS dalam kenyataan media berkata, pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama dalam DAP melalui pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 bahagian.

Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik individu ke jawatan utama, menurut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.

Susulan pengumuman itu, DAP mengadakan sidang media mengumumkan ia tidak akan mengadakan pemilihan baharu, tetapi mahu bertemu ROS.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tojpCd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.