Enam simptom awal penyakit jantung khas bagi kaum wanita
Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh rakyat Malaysia hari ini. Namun, sekiranya kita tahu beberapa simptom sebelum penyakit ini muncul, mungkin kita boleh mendapat rawatan segera.
Di sini, terdapat beberapa simptom penyakit jantung khas buat kaum wanita! Kerana, anda begitu berharga dan kesihatan anda perlu diutamakan.
1. Sakit di bahagian belakang, leher, rahang dan lengan
Sakit di bahagian ini selalunya akan datang berkali-kali, tiba-tiba atau perlahan-lahan. Selalunya kesakitan ini membuatkan anda terjaga di tengah malam. Sekiranya anda menghadapi simptom seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor.
2. Sakit perut yang kronik
Kredit: images.wisegeek.com
Beberapa simptom sakit jantung boleh disalah anggap dengan tanda keracunan makanan atau sakit perut. Kebanyakan golongan wanita yang menghadapi sakit di bahagian abdomen, selalunya memberi deskripsi seolah-olah benda berat yang sedang berada di atas abdomennya.
3. Peluh sejuk
Peluh sejuk ini selalunya berkait dengan stres. Tetapi sekiranya anda tidak pernah merasakan perkara ini sebelum ini, segeralah berjumpa dengan pakar.
4. Nafas menjadi semakin cepat dan pening kepala
Masalah pernafasan selalunya mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Kebanyakan wanita yang mengalami simptom ini merasakan mereka seperti baru selesai maraton, walaupun mereka tidak bergerak langsung.
5. Mudah lesu
Kredit: http://ift.tt/1cO6IAX
Kalau anda rasa sangat penat dan mudah lesu walaupun tidak melakukan aktiviti berat, ianya satu petanda yang sangat besar. Jika ini berlaku kepada anda, sila perhatikan dengan teliti keadaan sistem kardiovaskular anda.
6. Sakit di bahagian dada
Kredit: img.aws.livestrongcdn.com
Sakit di bahagian dada selalunya merupakan petanda sakit jantung, tidak kiralah apa jantina anda. Tetapi bagi golongan wanita, selalunya sakit ini muncul bukan di bahagian kiri dada, tetapi di keseluruhan bahagian dada. Sekiranya sakit ini tidak hilang, silalah berjumpa dengan doktor.
Begitulah beberapa petanda atau simptom penyakit jantung bagi golongan wanita. Jadi sekiranya anda mengalami perkara ini, silalah berjumpa dengan doktor dengan segera. Mana tahu, sekiranya dikesan awal, ianya mampu dirawat dan dielakkan.
Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWJSDX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment