Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Kasih sayang antara keluarga sukar diputuskan.

Itulah yang berlaku buat sebuah keluarga daripada Hubei, China, apabila anak kecil mereka berusia tiga tahun, disahkan menghidap penyakit leukimia.

Ma, 19 tahun, merupakan abang kepada anak kecil tersebut, sanggup berkorban pelbagai cara bagi merawat penyakit adiknya.

Menurut World of Buzz, Ma baru sahaja selesai peperiksaan akhir di sekolah dan telah memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 456 markah.

Di sebalik pelbagai kekangan, Ma tetap dengan impiannya untuk menjadi seorang doktor dan telah belajar bersungguh-sunguh.

Hal ini demikian, beliau sendiri ingin merawat adiknya.

Menurut Ma, itu sahaja cara terbaik bagi membantu adiknya kerana keluarga mereka tidak mampu menanggung kos perubatan yang amat tinggi.

“Saya mesti menyambung pelajaran di kolej perubatan, dengan itu sahaja saya akan dapat peluang menyembuhkan penyakit adik saya,” katanya seperti yang dipetik olehWorld of Buzz.

Abang yang mempunyai azam yang kuat ini juga tidak menunggu lama untuk bekerja bagi mengumpul dana kos rawatan untuk adiknya.

Sehari selepas tamat peperiksaan, dia bekerja sebagai buruh binaan berdekatan dengan rumahnya. Upah yang diberikan adalah sebanyak RM 60 sehari.

Wang tersebut dikumpulkan supaya dapat membawa adiknya ke hospital.

Ibu bapanya juga bekerja bagi menampung keluarga. Nenek Ma, berusia 80 tahun tinggal di rumah bagi menjaga adiknya.

Segala kudrat dan kasih sayang dicurahkan buat adiknya. Walaupun terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, perkara itu tidak menghalang Ma untuk mencari jalan alternatif merawat penyakit adiknya.

Ma tidak kekok melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bata, menyodok pasir, dan pelbagai tugas lain sebagai buruh binaan.

Mujur, kisahnya tular di seluruh China dan masyarakat tempatan memberi bantuan secepat mungkin.

Dalam masa 24 jam, sebanyak 600,000 Yuan atau RM 380,110 wang berjaya dikumpulkan bagi merawat penyakit adik Ma.

Jumlah itu sememangnya mencukupi bagi melakukan pembedahan pemindahan tulang sum sum adiknya.

Apabila menerima berita baik itu, Ma tidak mampu berkata apa-apa dan menangis kegembiraan.

Dia hanya mampu mengungkapkan, “Akhirnya, adik saya akan diselamatkan.”

Semoga adik Ma berjaya menjalani pembedahan tersebut dan boleh hidup dengan ceria seperti kanak-kanak lain.

Kepada Ma, teruskan impian anda sebagai doktor bagi membantu lebih ramai pesakit dan kini, pengorbanan anda merupakan inspirasi seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2teEwXB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.