Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Blok 404 Jauh Lebih Seram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Blok 404 Jauh Lebih Seram


Bukan mudah membikin arus, apatah lagi mencipta gelombang. Perlukan kesabaran yang jitu ditambah dengan ketekunan yang tinggi untuk seseorang penerbit itu membikin karya yang bagus. Apatah lagi apabila dengan berani pembikin karya menghasilkan sebuah filem dengan mengambil judul cerita yang pernah mencipta kejayaan pada tahun 2003. 

Itu yang dilalui oleh Datuk Norul Iman Abd. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, 36, apabila berhasrat menghasilkan filem dengan judul Blok 404, cerita bergenre seram yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 16 tahun dahulu.

“Saya sudah rancang untuk hasilkan semula cerita Blok 404 sejak empat tahun lalu. Masakan tidak, cerita dengan judul itu pernah mencetuskan fenomena kepada industri hiburan pada 2003.

"Malah, cerita Blok 404 yang ketika itu dijual dalam bentuk cakera padat video (VCD) juga menerima kutipan tertinggi dan pelakon-pelakonnya yang terdiri daripada saya, Nabila Huda, Zamarul Hisham serta Raja Azrey melonjak nama menerusi cerita tersebut. Maka, disebabkan itu saya ingin menghasilkan semula cerita berkenaan,” ujarnya ketika dihubungi media.

Menganggap judul Blok 404 itu sudah menjadi satu kekuatan untuk menarik peminat tempatan menonton filem berkenaan, filem yang menelan kos kira-kira RM700,000 itu dijangka menemui peminat pada Disember nanti.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan semula filem ini kerana percaya Blok 404 masih mempunyai pengikut yang ramai,” jelasnya. Bukan kesinambungan daripada cerita Blok 404 sebelum ini, filem dengan judul sama itu menghasilkan plot cerita berlainan, bahkan jauh lebih seram dan mendebarkan.
“Ini bukan kesinambungan Blok 404 yang dahulu. Cuma, saya ambil judul dan pertemukan semula semua pelakon-pelakon asalnya. Cuma, Nabila Huda sahaja yang tidak dapat turut serta dalam filem ini kerana jadual penggambaran bertindih dengan drama lain.

"Namun, saya akan cuba lagi untuk dapatkan dia (Nabila). Kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau tidak saya pasrah” jelasnya mengenai filem yang masih dalam pembikinan itu.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Zamarul, Raja Azrey dan Boy Iman, filem yang diarahkan Azma Aizal Yusoof itu turut menampilkan beberapa pelakon popular seperti Fasha Sandha, Risteena Munim, Nadia Brian dan Amar Ashraf.

“Di samping itu, kita juga mendapatkan sentuhan pengarah hebat Isma untuk mengarahkan filem ini. Isma seorang pengarah yang bijak dan berbakat besar.

"Tambahan pula dia pernah memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014. Maka, saya yakin dia dapat menghasilkan filem Blok 404 ini dengan baik,” ujar Boy yang berharap peminat-peminat telefilem Blok 404 dahulu hadir menonton filem ini.

Berharap filem berkenaan dapat dihasilkan dengan lancar, Boy juga menaruh harapan agar filemnya mendapat sambutan kelak. “VCD Blok 404 pernah mencetuskan fenomena dahulu. Maka, saya harus menghasilkan filem ini dengan lebih baik daripada VCD tersebut,” jelasnya lagi.

Filem Blok 404 mengisahkan tentang pengembaraan tiga sahabat iaitu Zul (Boy), Intan (Nadia) dan Hairi (Amar). Namun, perjalanan mereka terbantut selepas kereta yang mereka naiki rosak di tengah jalan. Mereka terpaksa keluar daripada kereta tersebut untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Rumah Tamu 404.

Selain tiga sahabat itu, terdapat juga beberapa orang yang turut terheret ke rumah tersebut. Misha (Nur Risteena) pula menerima tawaran bekerja di rumah tamu tersebut, manakala Duan (Aedy Ashraf) ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi rebiu tentang lokasi terbabit.

Namun dia berasakan ada sesuatu yang aneh di rumah tersebut. Mereka tidak sedar yang rumah tersebut 404 menjadi studio rakaman sebuah program realiti yang penuh sadis sekali.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vx0Rxc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.