Kedutaan Amerika Syarikat Ditutup Esok
KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini akan ditutup esok bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-241 negara itu yang turut dikenali sebagai 'Fourth of July'.
Semua perkhidmatan kedutaan termasuk temuduga visa, pemprosesan pasport Amerika dan perkhidmatan notarial akan bersambung semula pada Rabu, demikian menurut kenyataan akhbar kedutaan hari ini.
Untuk kecemasan selepas waktu pejabat, kedutaan boleh dihubungi di talian 03-2168 5000.
Pada setiap 4 Julai, rakyat Amerika di seluruh dunia akan meraikan penubuhan negara itu dan prinsip-prinsip asasnya berkaitan kehidupan, kebebasan dan hak-hak asasi. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxeCOH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment