Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekal Aktif Tapi Bergaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekal Aktif Tapi Bergaya


Jika wanita lain memilih untuk memasarkan produk busana Muslimah, berbeza bagi Eliza Noordin apabila memperkenalkan pakaian sukan Muslimah menerusi jenama Nashata bagi memperkasakan gaya hidup aktif secara sederhana menerusi produk sukan jenamanya. 

Menurut Eliza, Nashata adalah jenama pakaian sukan baru yang memberi tumpuan kepada keselesaan dan kesederhanaan dalam reka bentuknya merangkumi pelbagai jenis potongan dan pilihan warna. Ia sekali gus memberi keyakinan kepada wanita untuk menjalani gaya hidup sihat.

Memulakan operasi secara dalam talian di nashata.com sejak ditubuhkan pada Mei 2013 dan dilancarkan pada 15 Mac 2014, jenama ini mula dikenali apabila menawarkan beraneka produk sukan merangkumi baju, seluar dan hijab untuk pelbagai aktiviti sukan lasak mahupun sederhana.

“Semua keluaran berasaskan kepada kepercayaan bahawa wanita bersukan juga ingin kelainan dalam penggayaan selain mahukan busana yang lebih Muslimah dan selesa. Atas kepercayaan ini saya memperkenalkan Nashata bagi memperkasakan wanita sekali gus menarik minat mereka untuk kekal aktif dan bergaya,” katanya yang mahu menggalakkan lebih ramai golongan ibu untuk mula bersenam.

Oleh itu, dengan berkongsi cerita kecergasan dan inspirasi wanita menerusi laman sosial, ia sebagai hebahan terbaik untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat setiap masa. Menjelaskan lebih lanjut, rekaan Nashata menjurus kepada busana sukan yang lebih inovatif namun mudah digayakan.

Untuk itu setiap helaian direka barisan pereka profesional yang memberikan ketelitian dalam bidang jahitan. Sebelum dipasarkan ia terlebih dulu melalui ujian atlet yang memahami keperluan wanita. 

“Untuk itu kami berusaha menjadikan pelanggan kelihatan lebih baik daripada apa yang mereka inginkan. Semoga dengan kehadiran produk sukan ini mereka dapat mengekalkan momentum untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan sihat setiap hari,” katanya yang beroperasi di Cyberjaya, Selangor.

Memasarkan kepada kelompok wanita berusia di antara 25 hingga 55 tahun, Eliza membahagikan produk sukan kepada beberapa bahagian. Antaranya Riada dan Ultra yang direka bagi wanita yang ingin melakukan aktiviti ringan namun berprestasi tinggi.

Selain itu setiap padanan memberi keutamaan kepada budaya di pelbagai negara termasuk di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sebab itu jenis kain dan tekstur digunakan adalah berbeza bagi memenuhi iklim dan reka bentuk yang berlainan. Antara yang mendapat sambutan adalah tudung, baju dan seluar yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Istimewanya, wanita tidak perlu memakai lapisan tambahan pakaian untuk menjaga aurat kerana fabrik digunakan sudah mampu menutupinya. Selain busana sukan Muslimah, ia turut memasarkan pakaian renang, beg, coli sukan, skirt dan tali pinggang kecergasan sama ada di butik dan laman sosial Facebook dan Instagram.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unWCnA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.