Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima News Ekonomi Yang Memberi Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (03-07 Julai) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima News Ekonomi Yang Memberi Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (03-07 Julai)

Data ekonomi dari US akan menjadi perhatian utama pasaran minggu ini di mana data pekerjaan NFP akan dikeluarkan pada Jumaat.

Kecairan pasaran khususnya pada Selasa dijangka semakin berkurangan sempena cuti umum Kemerdekaan Amerika Syarikat. Selain itu, Kanada pula akan bercuti pada hari ini.

Komen dari pihak bank pusat akan terus diperhatikan minggu ini selepas perubahan retorik yang dibuat oleh ECB, BoE dan BoC minggu lalu. Pasaran akan mendapatkan lebih banyak klu dari bank pusat untuk dijadikan panduan dalam memandu pelaburan mereka, khususnya dalam suasana hasil-bon yang semakin meningkat.

Berikut merupakan lima peristiwa (event) yang akan menjadi fokus pasaran minggu ini:

  • Laporan data pekerjaan NFP (Jumaat, 8.30 pm)

Peningkatan jumlah pekerjaan pada bulan Mei adalah kurang daripada jangkaan yang menunjukkan penambahan semakin perlahan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Kadar pengangguran adalah penting untuk diperhatikan dengan kadar semasa semakin baik daripada sasaran dengan 4.3%.

Selain itu, seperti biasa average hourly earnings (purata gaji per/jam) akan menjadi fokus Federal Reserve sebagai petunjuk inflasi. Data ini penting kerana kenaikan dalam gaji pekerja akan menekan perbelanjaan ke atas seterusnya inflasi dalam negara.

  • Minit Mesyuarat The Federal Reserve (Khamis, 2 am)

The Fed dalam mesyuarat Jun telah mengundi untuk menaikkan kadar faedah kepada 1.25%. The Fed pada Jun menyatakan inflasi akan terus meningkat dalam jangka masa sederhana yang menunjukkan satu isyarat kukuh kenaikan inflasi, walaupun kenaikan agak lemah dalam jangka pendek.

Pasaran akan memberi perhatian kepada komen keadaan pasaran kewangan dan sama ada faktor-faktor kelemahan data baru-baru ini hanyalah sementara.

  • Indeks PMI sektor pembuatan UK (Isnin, 4 pm)

Terdapat perubahan dalam retorik Bank of England (BoE) sejak beberapa minggu ini bahawa bank pusat akan mengurangkan pelonggaran polisi. Data inflasi sejak ahir-akhir ini melebihi jangkaan pasaran yang menunjukkan kenaikan inflasi berterusan.

Data positif oleh indeks PMI khususnya sektor pembuatan akan menjadi faktor yang menekan inflasi ke atas dalam masa terdekat ini.

  • Penetapan kadar Reserve Bank of Australia, RBA (Selasa, 12.30 pm)

Bank pusat Australia ini dijangka akan mengekalkan kadar faedah (cash rate) di paras semasa 1.50%. Kenyataan polisi akan menjadi fokus dengan perkembangan ekonomi yang semakin baik khususnya dalam pasaran buruh.

Walaubagaimanapun, data inflasi dilihat masih terhalang di mana terdapat bukti pasaran perumahan yang semakin perlahan. Sebarang komen atau kenyataan yang cenderung kepada pengetatan akan menjadi isyarat bahawa bank pusat yakin inflasi akan naik dalam jangka masa sederhana.

  • Perhimpunan kumpulan 20 negara, G20 (Jumaat-Sabtu)

Perhimpunan 20 negara ini akan berlangsung di Jerman dari 7 hingga 8 Julai yang penting kepada ekonomi global.

Perdagangan akan menjadi perhatian utama dengan pendirian Presiden Trump terhadap protectionism adalah penting kepada ekonomi dunia. Komen oleh menteri-menteri kewangan dan Gabenor bank pusat juga akan diperhatikan terutamanya berkaitan polisi monetari dan fiskal.

Isu geopolitik juga adalah perhatian penting dengan perjumpaan antara Presiden Trump dan Vladimir Putin.

The post Lima News Ekonomi Yang Memberi Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (03-07 Julai) appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgYyNY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.