Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lisa Surihani sedih lihat anak sulung cemburukan adiknya, Yusof Leonne - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lisa Surihani sedih lihat anak sulung cemburukan adiknya, Yusof Leonne

HATI ibu mana yang tidak sedih apabila melihat sikap cemburu si anak.

 

Lisa Surihani sedih lihat anak sulung cemburukan adiknya, Yusof Leonne

Lisa Surihani sedih lihat anak sulung cemburukan adiknya, Yusof Leonne

 

Itu situasi yang dihadapi oleh aktres Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu.

Mana tidaknya kata Lisa, anak pertamanya, Yahaira Leanne yang bakal berusia dua tahun September ini menunjukkan perubahan sikap ketara dan sering meragam apabila dia memangku untuk menyusukan Yusof.

“Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

 

“Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

Yahaira bakal memasuki usia dua tahun pada September ini.

“Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.

“Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan,” katanya.

Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.

Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.

“Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.

“Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka,” jelasnya.

Yahaira kini tidak boleh berpisah dengan Yusof.

Lisa memberitahu dia gembira apabila kaedah digunakan mula menampakkan hasil dan Yahaira mula menerima Yusof dengan baik.

“Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya.

“Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula,” ceritanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Lisa dan suaminya, Yusry Abdul Halim bakal kembali menerusi program infotaimen iaitu eBu Babypedia yang memfokuskan kepada hal-hal keibubapaan.

Ia bakal menemui penonton bermula 26 Julai ini, 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber: Mstar



Sumber Lisa Surihani sedih lihat anak sulung cemburukan adiknya, Yusof Leonne

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uTdTrN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.