Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut Dikelar Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut Dikelar Anak


LELAKI warga emas maut dipercayai dikelar oleh anak lelakinya yang tidak puas hati mangsa tidak memberi wang di FELDA Lui Timur, Jempol, malam tadi.

Mayat mangsa, S Valaytham, 73, yang juga peneroka ditemui terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan anak lelakinya berusia 45 tahun.

"Suspek dikatakan mengambil parang mengelar leher mangsa. Kejadian disedari jiran yang terdengar bunyi bising lalu ke rumah mangsa dan terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah.

"Jiran terbabit segera menghubungi polis. Anggota yang tiba di lokasi kemudian menghubungi ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia. Polis turut menemui parang disyaki digunakan suspek di atas lantai rumah berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Beliau berkata, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-HMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tH5iHS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.