Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat Beku Milik Suami Isteri Yang Dilaporkan Hilang Telah Dijumpai Selepas 75 Tahun Di Pergunungan Alps, Switzerland.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat Beku Milik Suami Isteri Yang Dilaporkan Hilang Telah Dijumpai Selepas 75 Tahun Di Pergunungan Alps, Switzerland..


Mayat beku milik sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang 75 tahun lalu telah ditemui setelah glasier di Alps di Switzerland merekah.

Marcelin dan Francine, ibu bapa kepada 7 orang anak dikatakan telah pergi memberi makan lembu milik mereka di sebuah padang di Chandolin di Valais sebelum hilang pada 15 Ogos 1942.


Marcelin yang berkerja sebagai tukang kasut berusia 40 tahun pada ketika itu dan Francine, 37 bertugas sebagai seorang guru.

Polis Valais memberi kenyataan bahawa dua mayat dengan kertas pengenalan ditemui 13 Julai lalu pada ketinggian 2,615 meter oleh pekerja resort ski Les Diablerets di glasier Tsanfleuron berhampiran resort itu.


Sementara itu, pengarah syarikat kereta kabel Glacier 3000, Bernhard Tschannen berkata, mayat pasangan suami isteri ini ditemui baring bersebelahan.

“Mayat suami isteri itu berpakaian zaman Perang Dunia Kedua dan dipelihara sempurna di glasier dan ditemui bersama beg galas, botol, buku dan jam tangan.


“ Ada kemungkinan mereka terjatuh ke dalam celah dan kekal disitu sehingga hari ini. Glasier yang semakin menyusut telah mendedahkan mayat mereka,” ujarnya kepada akhbar Tribune de Geneve.

Ketika ditemui, sebahagian mayat itu tenggelam di dalam lubang dalam ais. Ujian DNA dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mayat tersebut.


Bernhard Tschannen menunjukkan lokasi penemuan mayat.

Sementara itu, anak perempuan bongsu pasangan itu, Marceline Udry-Dumoulin,79 memberitahu bahawa penemuan itu telah membawa ketenangan kepadanya.

“Sepanjang hidup kami mencari mereka tanpa henti dengan harapan dapat memberi pengebumian yang sewajarnya kepada mereka suatu hari nanti” ujarnya kepada akhbar Le Matin.

“Ia merupakan kali pertama ibu mengikuti ayah untuk kerja itu kerana sebelum ini, dia sentiasa hamil dan keadaannya menyukarkan dia untuk memanjat glasier.


“Setelah mereka hilang, saya dan adik beradik dipisahkan dan dijaga oleh keluarga yang berlainan. Saya bernasib baik kerana dapat tinggan dengan ibu saudara.

“Walaupun kami adik beradik tinggal di kawasan yang sama, kami terputus hubungan,” katanya.

Pasangan Marcelin dan Francine merupakan antara 280 individu yang dilaporkan hilang di Alps atau sungai Valais sejak 1925.


Ketua perubatan forensic bagi kawasan itu, Bettina Schrag memberitahu stesen radio Switzerland, RTS bahawa dengan rekahan dan penyusutan glasier dari semasa ke semasa, mereka menjangkakan lebih banyak penemuan lain akan terjadi.



VIDEO:






✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEO61t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.