Hi! Welcome Back and Stay Tune! Milik Siapakah AUS$1.6 Juta Ini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Milik Siapakah AUS$1.6 Juta Ini?


“Adakah anda tercicir wang tunai AUS$1.6 juta (RM5.27 juta)?”

Begitulah soalan yang dikemukakan Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Polis Australia menggunakan akaun rasminya itu untuk memuat naik gambar bagasi berisi wang tunai itu dalam usaha mencari pemiliknya.

Katanya, wang tunai itu ditemui dalam bagasi di premis di Wetherhill Park, New South Wales ketika anggotanya menjalankan siasatan penyeludupan dadah di premis itu.

“Kami sudah memulakan proses mahkamah untuk menyenaraikannya sebagai wang tunai yang tidak dituntut tetapi jika anda berpendapat wang tunai itu milik anda, kami teringin sangat bercakap dengan anda.

“Sekaligus, kami pasti akan bertanya di mana anda mendapat beg yang penuh dengan wang tunai ini. Kami curiga ia bukannya bayaran gaji anda,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut AFP, jika wang tunai itu tidak dituntut sesiapa, ia akan dikemblikan kepada Kerajaan di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Keselamatan Kewangan Australia.

Dengan kelulusan Menteri, wang itu akan dilaburkan semula ke dalam komuniti termasuk untuk pencegahan jenayah dan rawatan dadah di negara itu. – myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGGOOl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.