Hi! Welcome Back and Stay Tune! MRT TIDAK AKAN ADA TANPA SAYA, KATA DR MAHATHIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MRT TIDAK AKAN ADA TANPA SAYA, KATA DR MAHATHIR

KETIKA Perdana Menteri Najib RAzak sedang meraikan kejayaan pelancaran Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT), Dr Mahathir Mohamad mengalihkan tumpuan itu apabila mendakwa sistem pengangkutan baru itu hanyalah kesinambungan projek di bawah pentadbirannya lalu.

Bercakap di rumah terbuka Hari Raya kelab CheDet hari ini, Dr Mahathir berkata Najib tidak akan boleh menyiapkan projek pengangkutan awam itu sekiranya beliau tidak memulakannya terlebih dahulu.

“Dia hanya meneruskan (projek pengangkutan awam) yang saya mulakan. Tanpa saya mula, dia (Najib) tidak akan tahu hendak buat apa.”

Dr Mahathir berkata yang Najib akan kelam kabut hendak menyiapkan lanjutan LRT 1 & 2 dan projek MRT 1 sekiranya beliau tidak memulakannya.

Di waktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, dia memulakan empat projek pengangkutan awam iaitu KL Monorail, Putra LRT, Star LRT Line dan Perkhidmatan Bas Intrakota, semua diberikan kepada syarikat swasta melalui konsesi yang kemudiannya diisytiharkan muflis.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu juga mengatakan yang beliau bersedia menerima mana-mana wakil Najib untuk forum “Nothing to Hide” yang akan dianjurkan sayap Pemuda Bersatu.

“Perdana menteri tidak membenarkan sesiapa datang ( ke acara debat itu), apa yang hendak ditakutkan, saya hanyalah orang tua, takut kepada orang tua kah? Mana-mana wakil yang datang ke forum itu saya okay saja,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata yang beliau banyak belajar daripada kesilapan lalu dan menafikan khabar angin yang tersebar bahawa Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya Umno kalah.

“Najib hendak takutkan hali Umno, yang kalau Umno kalah Kit Siang akan jadi perdana menteri, itu mustahil, Kit Siang ialah parti kecil, parti besar adalah dua pertiga parti dalam Pakatan Harapan yang dipimpin parti orang Melayu,” katanya.

Beliau menambah yang penghapusan mentaliti komunal orang Melayu bukanlah tugas beliau seorang, tetapi tugas semua rakyat Malaysia.

“Penghapusan mentaliti komunal orang Melayu bukan tugas saya seorang, ia tugas semua orang. Mengapa hanya saya yang dipersalahkan?”

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQYnHT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.