Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mus MAY Tidak Tenang,Meronta Sebelum Koma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mus MAY Tidak Tenang,Meronta Sebelum Koma

loading…
loading…
Mus MAY Tidak Tenang,Meronta Sebelum Koma

PENYANYI kumpulan MAY, Mus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Isterinya, Suraya Bahari berkata, Mus, 49, atau nama sebenarnya Mustaffa Din dikejarkan ke HKL kira-kira jam 10 pagi dan ditempatkan di Zon Kritikal.
“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudah mendapatkan rawatan di klinik biasa.
“Mungkin ubat yang diberikan kurang serasi membuatkan keadaannya semakin lemah. Dia juga seperti diserang sawan membuatkan mulutnya berbuih dan saya mengambil keputusan menghubungi ambulans,” katanya.
Menurutnya, Mus seperti berada dalam keadaan tidak tenang dan meronta-ronta ketika di HKL membuatkan doktor mengambil keputusan meletakkannya dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat dan keadaannya stabil.
“Pada mulanya doktor mengesyaki dia menghidap denggi tapi apabila diperiksa tiada pula. Cuma platlet darahnya agak rendah.
“Doktor memberitahu terdapat kuman dalam darahnya dan ia mungkin berpunca daripada pengambilan ubat yang salah diberikan sebelum itu,” katanya.
Suraya berkata, doktor yang melakukan ujian imbasan otak terhadap Mus selepas itu turut mengesahkan keadaannya normal.
Menurutnya, doktor akan membuat proses mencuci darah selepas ini dan Mus dipindahkan ke ICU jam 10 malam tadi.
“Doktor menjangka suami akan ditahan selama dua minggu sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar.
“Sepatutnya dia akan membuat persembahan untuk Rumah Terbuka Risda pagi ini tapi apakan daya keadaan jadi begini. Apapun kita sama-sama doakannya supaya cepat sembuh,” katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Mus MAY Tidak Tenang,Meronta Sebelum Koma appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skFMUB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.