Hi! Welcome Back and Stay Tune! NAJIB: SIAPA CAKAP PENEROKA FELDA KECEWA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NAJIB: SIAPA CAKAP PENEROKA FELDA KECEWA?

Datuk Seri Najib Razak hari ini membuktikan kerajaan tetap mendapat sokongan daripada peneroka Felda ketika masyarakat tebabit didakwa semakin kecewa dengannya.

Pagi tadi puluhan ribu peneroka Felda turun ke Putrajaya dan memenuhi khemah yang dibangunkan di Persiaran Perdana. Mereka hadir ke situ untuk mendengar ucapan perdana menteri.

Kata Najib dalam ucapannya, majlis hari ini dihadiri 25,000 orang, manakala mengikut perkiraan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad, jumlahnya ialah 20,000.

Najib juga memberitahu hadirin, Felda dan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat sejak agensi itu ditubuhkan pada 1956 dan ia berjaya mengubah hidup peneroka menjadi lebih baik.

“Dan sebab itulah, tuan-puan, kita mengingatkan kepada setiap daripada kita, kewajiban kita setelah 61 tahun kerajaan berjasa pada hari ini.

“Tanpa kerajaan, siapakah kita warga Felda,” katanya di majlis kemuncak Hari Peneroka Felda di Putrajaya.

Biasanya majlis sambutan itu diadakan di kawasan petempatan peneroka di seluruh negara.

Sepanjang kira-kira 550 meter khemah didirikan di Persiaran Perdana dan sekurang-kurangnya empat kawasan lapang diperuntukkan sebagai tempat parkir bas membawa peserta ke situ.

Perdana menteri kemudian mengajak peneroka terbabit supaya mempertahankan Putrajaya.

“Maka kita berazam, kita bertekad – dalam apa jua keadaan – Putrajaya tetap kita pertahankan.

“Sebab itulah, janganlah berangan-angan, janganlah meniupkan cerita-cerita yang tidak benar kononnya masyarakat Felda tidak menyokong kerajaan hari ini,” katanya.

Sejak sekian lama kawasan petempatan peneroka biasanya menjadi kubu kuat BN dan pengaruh pembangkang sangat sukar menembusinya.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini perkembangan semasa didakwa mengubah pola sokongan komuniti terbabit.

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, kejatuhan saham Felda Global Ventures serta isu lain berkaitan agensi berkenaan turut dilihat memberi kesan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gTZkhu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.