Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peninju MMA dan 3 pak gad ditahan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peninju MMA dan 3 pak gad ditahan polis

Empat individu ditahan untuk membantu siasatan berikutan insiden pergaduhan di sebuah kondominium di Subang Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memberitahu, tiga pengawal keselamatan dan seorang pejuang seni mempertahankan diri campuran (MMA) ditahan reman sehingga Jumaat.

Baca artikel sebelum: Lelaki berbadan sasa yang merupakan petarung MMA tewas di tangan pak guard lepas bergaduh di kondo Subang Jaya

“Mereka telah ditahan untuk membantu siasatan. Kami akan mendapatkan punca awal perkara ini,” katanya ketika dihubungi The Star.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohammad Azlin Sadari berkata, seorang lelaki yang mendakwa dirinya pejuang MMA telah menarik balik laporan polisnya, tetapi kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana rusuhan.

Beliau berkata penyiasatan mendedahkan bahawa lelaki itu, berusia 20-an, telah pergi ke bangunan untuk bertemu saudaranya yang tinggal di sana.

“Kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 53 tahun mendakwa bahawa pengawal keselamatan telah diberitahu oleh saudaranya yang tinggal di sana untuk tidak membiarkan lelaki tersebut memasuki bangunan itu.

“Lelaki itu marah kepada pengawal kerana tidak membenarkan dia masuk serta mengancam mereka dan pertengkaran berlaku,” katanya.

ACP Mohammad Azlin berkata lelaki itu mula bergaduh dengan salah seorang pengawal sebelum pengawal lain datang untuk membantu.

“Siasatan kami mendedahkan lelaki tersebut pernah tinggal di situ bersama saudaranya sebelum ini.

“Lelaki yang  membuat laporan itu kembali dan menarik laporannya, mengatakan dia tidak mahu tindakan polis diambil,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Peninju MMA dan 3 pak gad ditahan polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vztdWV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.