Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang maut, motosikal 1000cc putus dua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang maut, motosikal 1000cc putus dua

Seorang penunggang motosikal maut dan motosikalnya terputus dua dalam satu kejadian kemalangandengan sebuah lori ais di Kilometer 155 Jalan Kuantan – Johor Bahru sekitar jam 10 pagi, semalam.

Penunggang maut, motosikal 1000cc putus dua

Mangsa yang menunggang motosikal kuasa tinggi jenis 1000cc dikenali sebagai Abdul Jamil Abdul Jalil, 20, berasal dari Kampung Jawa, di sini, dan merupakan pelajar Kolej Vakasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS), Rompin.

Difahamkan mangsa menunggang seorang diri dan dalam perjalanan untuk beraya di rumah rakannya di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata, motosikal dan lori ais berkenaan dalam perjalanan dari arah sama iaitu dari Tanjung Gemok menuju ke arah Kuala Rompin.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada lori berkenaan yang sedang membuat pusingan U di lokasi yang merupakan kawasan jalan lurus.

“Mangsa yang menunggang motosikal kuasa tinggi dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori sebelum terbabas ke laluan bertentangan

“Mangsa kemudian melanggar tiang eletrik lalu masuk ke dalam parit sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Rompin, mangsa telah telah meninggal di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, akibat kemalangan itu pemandu lori, 36 dan kelindan, 19, tidak mengalami kecederaan, bagaimana pun pemandu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sampel darah dan air kencing telah diambil untuk toxicology dan ujian saringan air kencing oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) akan dibuat,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Penunggang maut, motosikal 1000cc putus dua

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tCkbuK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.