Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sanggup pinjam ahlong nak ubatkan isteri, beri apa yang isteri nak, last2 isteri kantoi curang main jantan lain di hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sanggup pinjam ahlong nak ubatkan isteri, beri apa yang isteri nak, last2 isteri kantoi curang main jantan lain di hotel

“Saya dalam keadaan terdesak dan derita sekarang. Kalau ada kerja angkat najis pun saya buat asalkan keluarga saya selamat,” rayu lelaki dikenali sebagai Mazlan, 54, yang diburu 11 ah long sejak penghujung tahun lalu.

Bapa kepada lima anak itu turut mencagarkan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya pada individu yang dapat membantu menyelesaikan pinjamannya berjumlah lebih RM10,000.

Dia terjebak meminjam wang tersebut kerana ingin memberi kebahagiaan kepada isterinya yang berusia 47 tahun selain mahu memulihkan hubungan rumah tangganya yang hampir retak.

“Saya asalnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Pasir Gudang. Tapi tender saya ditamatkan pada Oktober tahun lalu dan disebabkan itu saya hilang punca pendapatan serta dihimpit pelbagai masalah.

“Saya akui terlalu ikutkan kehendak isteri. Kalau boleh semua kehendak dia saya tunaikan sehingga akhirnya menjerat diri sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menceritakan mengenai permulaan episod hitam kehidupannya, Mazlan mengakui mengambil pinjaman wang itu bagi mengubati isterinya yang didakwa terkena buatan orang.

“Hubungan kami laki bini retak sejak tahun lepas. Semuanya bermula daripada kenalan menerusi laman sosial Facebook dan WhatsApp. Ditambah pula ketika itu saya kesempitan wang, boleh dikatakan hari-hari ada saja yang tak kena.

“Ada orang cakap pergi berubat. Saya cuba ikhtiarkan tetapi banyak kali kena tipu dan pengeras yang dilaburkan pula bukannya sedikit hingga saya terpaksa berhutang,” katanya.

Pengorbanannya, bagaimanapun tidak berbaloi apabila membongkar kecurangan isteri yang dikahwini 30 tahun lalu di hotel yang membawa kepada perpisahan.

“Sekarang ini saya disisihkan, tapi tak mengapa asalkan saya yang tanggung semua kesilapan ini. Kalau mati pun biar saja saya yang tanggung bukan anak dan isteri. Saya dah jumpa beberapa pihak bagi membantu mengurangkan jumlah bayarannya.

“Hasil perbincangan, hutang saya berbaki RM8,000 dan saya merayu kalau ada majikan yang sudi selesaikannya, saya nak cagar akaun KWSP saya yang sudah boleh dituai (keluarkan) tahun hadapan.

“Saya minta mereka sediakan surat perjanjian. Saya dah tidak kisah nak jadi apa pun asalkan semua ini berakhir,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Sanggup pinjam ahlong nak ubatkan isteri, beri apa yang isteri nak, last2 isteri kantoi curang main jantan lain di hotel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPKhq4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.