Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saran Kredit BM Baru Layak Jadi Doktor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saran Kredit BM Baru Layak Jadi Doktor

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya menetapkan tahap kemahiran Bahasa Melayu yang lebih tinggi sekurang-kurangnya kredit di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.

Naib Pengerusi 1 Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara Malaysia (AKULN), Dr. Zainal Adwin Zainal Abiddin berkata, setiap rakyat negara termasuk doktor mempunyai tanggungjawab untuk terus memartabatkan serta memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini.

“Jika dilihat pada United Kingdom dan Australia, kemahiran untuk berbahasa secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris diwajibkan untuk bekerja di sana. Syarat tersebut perlu diadakan di Malaysia untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu seterusnya memastikan pengamal perubatan di negara kita ini mampu berkhidmat untuk segenap pelusuk masyarakat dan bukan berkhidmat untuk kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

“Kepentingan memajukan bahasa ibunda di segenap negara- negara maju di seluruh dunia tidak menjejas keupayaan mereka untuk membangun. Apa yang berlaku di Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan umpamanya mereka masih lagi memartabatkan bahasa ibunda. Negara- negara ini terus maju tidak kira dari sudut pendidikan, ekonomi dan sosial kerana dasar memartabatkan bahasa ibunda sentiasa tersemat di hati mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membantab pengumuman Kementerian Kesihatan berhubung kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi memberi peluang pada graduan perubatan yang tidak menduduki SPM menerima latihan siswazah dan berkhidmat wajib dua tahun dengan kementerian itu.

Zainal Adwin berkata, tindakan Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat itu memperlihatkan bahawa ketinggian Bahasa Melayu bukan keperluan aset yang penting untuk berkhidmat di negara ini

Kata beliau, kelonggaran syarat itu juga tidak membantu menyelesaikan permasalahan lambakan graduan perubatan yang menunggu sehingga sembilan bulan ke setahun untuk mendapat tempat latihan siswazah.

Jelas beliau, graduan terbabit terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dari institusi masing-masing dan telah mengikuti keperluan lulus Bahasa Melayu seperti ditetapkan dahulu, maka keutamaan perlulah diberikan kepada mereka yang telah mememenuhi syarat ditetapkan.

“Sememangnya bahasa kebangsaan adalah kunci perpaduan dan Gagasan Transformasi Integrasi Nasional yang kita semua idamkan. Sesungguhnya dengan Bahasa Melayu, kita sebagai rakyat Malaysia saling berinteraksi dan menjalin hubungan yang harmoni. Melalui Bahasa Melayu, kita bina identiti negara kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tD28nK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.