Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Tak payah tegur mereka yang tak membantu di dapur atau mengemas rumah" - Pesan emak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Tak payah tegur mereka yang tak membantu di dapur atau mengemas rumah" - Pesan emak


Perkongsian oleh Khairul Hakimin Muhammad mengenai situasi yang sering terjadi semasa keluarga berkumpul balik beraya di kampung. Masing-masing mempunyai peel sendiri, namun apa yang penting hubungan kekeluargaan sentiasa terjaga. 

Aku faham kenapa emak aku selalu pesan supaya tak payah tegur mereka yang terbungkang depan tv, kelek anak 24 jam dan sibuk dengan telefon sepanjang masa dari bantu di dapur dan mengemas rumah.

Emak aku nak:

1. Jaga hubungan.

2. Jaga hubungan.

3. Jaga hubungan.

Dan emak aku tahu, ada anak dan menantu dia yang rajin. Jadi tak perlu dia bising dan tak juga dia suruh sesiapa bising.

Nak buat, buat. 
Tak nak buat, tak apa.

Inilah keluarga. Memang ya, tak tolong di dapur, namun ada belikan emak air Coway. Tak tolong kemas rumah, namun dia lah yang beri duit belanja bulan-bulan di rumah emak.

Tak bantu itu ini semasa raya, sibuk bertelefon, namun dia juga yang sediakan bahan, beri duit, beri baju, siapkan langsir untuk umah emak. Dan kita ini bukanlah tahu semua kan? Ada yang suka bantu diam-diam. Hihi.

Biasalah. Ada lebih kot yang ini, ada lebih kot yang itu. Itu normal.

Sama juga, ada yang kurang kot ini, kurang kot itu, namun adalah melengkapi dari sudut lain.

Paling penting, hubungan anak-anak, menantu beripar duai dan cucu-cucu semuanya baik-baik.

Kheeeen?

Sumber: .thealternatif.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKx9XI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.