Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Lelaki Ini Menemui Bayi Perempuan Yang Ditinggalkan Di Tepi Jalan Hanya Dengan Sehelai Selimut, Lalu Dia Mengambilnya Sebagai Anak Angkat. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Lelaki Ini Menemui Bayi Perempuan Yang Ditinggalkan Di Tepi Jalan Hanya Dengan Sehelai Selimut, Lalu Dia Mengambilnya Sebagai Anak Angkat.



Kadangkala ketika kita sedang berjalan-jalan , kita menjumpai sampah yang dibuang di atas jalan. Tetapi bagi seorang lelaki di Mexico ini , dia menjumpai seorang bayi yang baru dilahirkan dibuang di atas jalan. Satu insiden yang akan mengubah hidup lelaki ini buat selama-lamanya.


Raul Marin Ceja sedang bersiar-siar apabila dia menjumpai satu bungkusan berwarna putih yang dirasakan agak pelik di atas tanah berdekatan parit. Dia mengambil keputusan untuk membuka bungkusan itu dan merakamkan saat itu pada masa yang sama. Dengan perasaan terkejut, dia mendapati terdapat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan masih bertali pusat di dalam bungkusan itu yang merupakan sehelai selimut.




Melihat pada keadaan bayi itu yang sedang menangis, Ceja menghubungi pasukan khidmat kecemasan untuk meminta pertolongan dan mereka telah menghantar bayi itu ke Hospital Besar Zapopan untuk diberikan rawatan.


Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menemui maklumat tentang ibu bapa bayi tersebut. Ceja merasakan yang perkara ini bukanlah satu kebetulan apabila dia menjumpai bayi yang ditinggalkan itu.


Ceja merasakan dia perlu mengambil bayi itu dan membesarkannya sebagai anaknya sendiri.


Dengan bantuan dan sokongan keluarganya, dia memulakan proses pengambilan anak angkat ke atas bayi perempuan itu. Bayi yang bernasib malang pada permulaan hidupnya itu akan bernasib baik menemui seorang ayah berhati mulia yang mana pertemuan di antara mereka itu akan mengubah kehidupan kedua-duanya.


Sememangnya apabila seorang insan yang lemah dan tidak mampu berdiri dengan kakinya sendiri hadir meminta bantuan seperti bayi perempuan ini, ia bukanlah satu kebetulan.

Agak menyentuh hati apabila mengetahui ada manusia mulia seperti Ceja di dalam dunia ini , yang tidak mementingkan diri dan berasa simpati dengan penuh rasa tanggunjawab untuk membantu memberikan peluang kehidupan kepada insan lain.


Lihat video penemuan bayi perempuan ini yang dirakamkan oleh Ceja di bawah:


Kredit: Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uAS5QI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.